Pada 05 Julai 2019 (Jumaat), perjumpaan pentadbir sekolah dan guru Tahun 6 bersama ibu bapa murid Tahun 6 telah berlangsung di dalam kelas Tahun 6. Perjumpaan yang bermula sekitar jam 8:15 pagi itu dihadiri 13 orang ibu bapa penjaga. Perjumpaan itu diadakan bagi membincangkan beberapa perkara seperti:
- keputusan AR2 murid Tahun 6,
- persediaan sebelum peperiksaan UPSR
- masalah pembelajaran yang dihadapi murid
- subjek yang lemah
- sikap murid ketika sesi PdP dan sesi kelas tambahan
Perjumpaan ini juga memberi peluang kepada ibu bapa penjaga meluahkan pendapat mereka mengenai keadaan anak-anak mereka. Diharap perjumpaan ini dapat membantu pihak ibu bapa penjaga memantau anak-anak mereka dengan lebih giat sebagai persediaan sebelum menghadapi UPSR, sekali gus membantu guru dalam memastikan murid benar-benar bersedia sebelum peperiksaan.
Aktiviti sepanjang perjumpaan:
Setiausaha peperiksaan dan guru subjek menerangkan prestasi murid Tahun 6:
Ibu bapa penjaga yang memberi pendapat sepanjang sesi perjumpaan:
Akhir sekali, guru besar memberikan sedikit ucapan sebelum mengakhiri perjumpaan:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment