Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 1 March 2019

Program BAP, DLP dan Pendaftaran UPSR

Pada 1 Mac 2019 (Jumaat), pihak sekolah mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga di bawah makmal komputer sekolah mengenai 3 perkara iaitu:
  1. Bantuan Awal Persekolahan RM100 (BAP)
  2. Dual Language Programme (DLP)
  3. Pendaftaran UPSR
Untuk perkara yang pertama iaitu BAP, bantuan ini diagihkan kepada murid yang layak dan perkara ini diuruskan oleh unit hal-ehwal murid yang dikendalikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu En. Barawi bin Leman, dan dibantu oleh Pn. Yakna@Ya'ana binti Drahman selaku setiausaha HEM serta Pn. Nora binti Endo selaku kerani sekolah.

Untuk perkara yang kedua iaitu Dual Language Programme (DLP), Guru Besar SK Sambir iaitu En. Sufian bin Basri telah memberi maklumat ringkas tentang pendapat pihak pentadbir mengenai pelaksanaan DLP jika dilakukan di SK Sambir. Seterusnya, perkara tersebut diterangkan dengan lebih lanjut oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Faizal bin Jarawi. Dual Language Programme merupakan dasar pelaksanaan Dwibahasa yang memberi pilihan kepada pihak sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk subjek Matematik dan Sains. DLP berbeza dari PPSMI kerana PPSMI ialah dasar yang dilaksanakan di semua sekolah sedangkan DLP ialah satu pilihan sama ada sekolah menerima atau menolak, bergantung dengan hasil perbincangan dengan ibu bapa penjaga. Menerusi perjumpaan ini, perkara yang dibincangkan ialah:
  • Bagi murid Tahun 2,DLP sudah dilaksanakan sejak dari tahun lepas dan pihak pentadbir perlu menjelaskan pelaksanaan DLP untuk jangka panjang, kesan dan risiko kepada murid-murid.
  • Pihak pentadbir juga turut membincangkan bersama ibu bapa mengenai pelaksanaan DLP untuk murid Tahun 1 tahun ini sama ada diterima atau tidak, juga pelaksanaan DLP untuk murid Tahun 2 tahun ini sama ada diteruskan atau tidak.
Urusan DLP untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2, persetujuan atau penolakan ibu bapa penjaga diuruskan oleh guru yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut iaitu Pn. Simai binti Ahmad (Guru Tahun 1) dan Pn. Normala binti Sapiee (Guru Tahun 2). 

Bagi urusan pendaftaran UPSR, ia dikendalikan oleh setiausaha peperiksaan iaitu En. Abang Mohd. Syukur bin Abang Husaini. Beberapa penerangan mengenai tarikh peperiksaan UPSR, urusan dokumen dan juga penglibatan ibu bapa penjaga telah disampaikan. Sebelum kaunter BAP, DLP dan Pendaftaran UPSR dibuka, pihak pentadbir telah membuka sesi dialog bersama ibu bapa penjaga bagi menjawab sebarang persoalan yang berkenaan dengan hal ehwal murid. 

Program yang bermula pada jam 8:30 pagi berakhir pada sekitar jam 11 pagi.

Galeri Program BAP, DLP dan Pendaftaran UPSR

Sesi pendaftaran, ibu bapa penjaga berkumpul di
bawah makmal komputer dan program bermula

Maklumat berkenaan dengan intipati program 
disampaikan  oleh Guru Besar, PK HEM, 
PK Pentadbiran dan juga setiausaha peperiksaan
(gambar dari kiri ke kanan)

Suasana di bawah makmal komputer

Sesi pengagihan bantuan awal persekolahan
bermula

Sesi urusan DLP dikendalikan oleh Pn. Simai binti
Ahmad dan Pn. Normala binti Sapiee

Sesi pendaftaran UPSR dikendalikan oleh
setiausaha peperiksaan iaitu En. Abang Mohd.
Syukur bin Abang Husaini.


@sksambir2019

No comments:

Post a Comment