Pada 1 Februari 2019 bersamaan dengan hari Jumaat, Program Smart Ibadah (Smart i) anjuran Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKIMS) telah diadakan di makmal komputer sekolah bermula dari jam 2:30 petang sehingga 04:45 petang. Seramai 19 orang murid Tahun 6 dan 12 orang murid Tahun 5 menghadiri program tersebut serta dipimpin oleh 8 orang fasilitator dari IKIMS (terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan)
Tujuan program ini diadakan ialah:
- memantapkan pengetahuan mengenai ibadah solat di kalangan murid
- melatih murid untuk menjalani ibadah solat dengan betul
- menerangkan perkara-perkara penting yang perlu diambil berat dalam ibadah solat.
Melalui program ini diharap murid-murid dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.
Galeri Program Smart Ibadah IKIMS
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment