Pada 18 Februari 2019 (Isnin), Program Jom Ke Sekolah 2019 telah diadakan di makmal komputer SK Sambir dan dihadiri oleh murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini merupakan anjuran bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia yang diwakili oleh Puan Rohah Binti Kulai, pegawai perhubungan sekolah IPD Samarahan.
Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan PDRM dalam menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Oleh itu, komitmen antara pihak sekolah dan pihak berkuasa membantu untuk mencegah salah laku dan mengukuhkan usaha penguatkuasaan undang-undang. Oleh yang demikian, jalinan antara kedua-dua belah pihak dapat memastikan risiko salah laku dikurangkan selaras dengan konsep Sekolah Selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran pegawai perhubungan sekolah (PPS) diharap dapat menjadi medan pembentukan sahsiah positif di kalangan murid.
Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah:
- Membantu mencegah salah laku murid daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Membantu meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
- Memupuk minat murid ke sekolah.
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment