Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday, 4 January 2019

Program Transisi Murid Tahun 1 SK Sambir 2019

Pada hari pertama persekolahan iaitu 2 Januari 2019 (Rabu), murid Tahun 1 SK Sambir mengikuti Program Transisi. Ia merupakan program yang dirangka untuk membantu murid Tahun 1 membiasakan diri di dalam aliran perdana sekolah. Selain dari itu, tujuan Program Transisi untuk murid Tahun 1 diadakan ialah:
  • Membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tak formal (di rumah atau di prasekolah) ke pendidikan formal di Tahun 1.
  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah (guru-guru dan kawan-kawan) dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani secara keseluruhan sebelum memulakan sesi PnP secara formal.
  • Membantu murid Tahun 1 dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 melalui tahap pencapaian yang hampir sama. 
Objektif program:
  • Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid Tahun 1.
  • Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
  • Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan seharian.




@sksambir2019

No comments:

Post a Comment