Pada 16 Januari 2019, wakil dari unit akademik PPD Samarahan telah hadir ke sekolah bagi menjalankan pemantauan terhadap Program Transisi dan Prasekolah di SK Sambir yang bermula pada hari pertama persekolahan. Pegawai yang hadir untuk memantau program tersebut ialah Encik Sulainan Bin Sili.
Untuk program tersebut, kedua-duanya berlangsung di dalam kelas masing-masing. Antara perkara yang menjadi fokus dalam program tersebut ialah:
- enrolmen murid
- rancangan pengajaran
- persediaan mengajar
- aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penyelarasan kognitif dan kemahiran murid-murid
Diharap program transisi untuk murid Tahun 1 dan Prasekolah dapat membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan mengaplikasi kemahiran mereka sepanjang pembelajaran.
@sksambir
No comments:
Post a Comment