Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 21 January 2019

Program Penyerahan Bantuan Persekolahan dari BAKIP

Pada 21 Januari 2019 (Isnin), SK Sambir telah dipilih untuk program penyerahan bantuan persekolahan. Program tersebut telah berlangsung di makmal komputer sekitar jam 10:30 pagi. Ia merupakan program bantuan daripada pihak Badan Kebajikan Islam Kakitangan PETRONAS atau BAKIP. Seramai lapan orang pelajar yang dipilih untuk menerima bantuan tersebut yang terdiri dari murid Tahun 4 dan Tahun 5.

Murid yang dipilih untuk menerima bantuan tersebut ialah:
  1. Al-Badrul Bin Mohamad
  2. Tiara Ayuni Binti Abdullah
  3. Muhammad Afzal Aizuddin Bin Abdullah
  4. Nur Sabarina Binti Uda
  5. Nurrisha Nazwa Binti Rahman
  6. Muhammad Yazid Haslan Bin Abdullah
  7. Haiqal Hairi Bin Hajemi
  8. Nur Sueilayana Zulkarnaen Binti Abdullah
Melalui program tersebut, wakil BAKIP berharap agar bantuan yang diberikan dapat meringankan beban murid-murid dan pihak SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih untuk bantuan yang diberikan serta keprihatinan pihak BAKIP dalam kebajikan murid-murid di SK Sambir.

Galeri Program Penyerahan Bantuan Persekolahan dari BAKIP 2019







@sksambir2019

Friday, 18 January 2019

Pemantauan Program Transisi dan Prasekolah 2019

Pada 16 Januari 2019, wakil dari unit akademik PPD Samarahan telah hadir ke sekolah bagi menjalankan pemantauan terhadap Program Transisi dan Prasekolah di SK Sambir yang bermula pada hari pertama persekolahan. Pegawai yang hadir untuk memantau program tersebut ialah Encik Sulainan Bin Sili.

Untuk program tersebut, kedua-duanya berlangsung di dalam kelas masing-masing. Antara perkara yang menjadi fokus dalam program tersebut ialah:
  • enrolmen murid
  • rancangan pengajaran
  • persediaan mengajar
  • aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penyelarasan kognitif dan kemahiran murid-murid
Diharap program transisi untuk murid Tahun 1 dan Prasekolah dapat membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan mengaplikasi kemahiran mereka sepanjang pembelajaran.






@sksambir

Thursday, 17 January 2019

Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SK Sambir 2019

Pada 16 Januari 2019 (Rabu), penyerahan watikah pengawas SK Sambir 2019 telah dijalankan pada sesi perhimpunan. Penyerahan watikah pengawas tersebut merupakan pelantikan pengawas sekolah rendah untuk tahun 2019. 

Senarai nama murid yang dipilih pada tahun ini adalah seperti berikut:

  1. Muhammad Faiz Bin Abu Samah
  2. Nur Sueilayana Zulkarnaen Binti Abdullah
  3. Al-Badrul Bin Mohamad
  4. Mohamad Azri Haikal Bin Mohamad Kamarudin
  5. Nur Shazliyana Binti Musa
  6. Nur Jazmiza Binti Junaidi
  7. Mohamad Qayyum Aniq Bin Marzatilaswat
  8. Muhammad Rofaiq Azfaruddin Bin Redzuan
  9. Amirul Hakimi Bin Merikan
  10. Irsyad Kalmani Bin Khaimi
  11. Nurulain Nasuha Binti Jamahari
  12. Anisya Shafiyah Binti Suria
  13. Damia Qurratu'aini Binti Elius
  14. Miza Carmila Binti Azha
  15. Muhammad Daniel Arrazy Bin Mohd. Fadzlee
  16. Muhamad Yazid Haslan Bin Abdullah
Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang dilantik dan semoga barisan pengawas SK Sambir menjalankan tugas serta menunaikan tanggungjawab mereka dengan jujur dan amanah.

Galeri Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2019








@sksambir2019

Monday, 14 January 2019

Carta Organisasi SK Sambir 2019

Sarapan Bersama Milo

Pada 10 Januari (Khamis), pihak Milo datang ke sekolah selepas waktu rehat dan mengadakan sesi sarapan bersama seluruh warga sekolah. Milo merupakan minuman coklat malt yang sesuai untuk dijadikan minuman sarapan pagi bagi murid sekolah kerana ia membekalkan tenaga untuk murid mengharungi waktu persekolahan.

Warga SK Sambir mengucapkan terima kasih kepada pihak Milo kerana sudi hadir ke sekolah dan mengagihkan minuman Milo kepada guru-guru dan murid-murid.




 

@sksambir2019

Thursday, 10 January 2019

Dialog Ibu Bapa/Penjaga Bersama Pentadbir Sekolah

Pada 09 Januari 2019 (Rabu), pihak sekolah telah menjemput ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 untuk menghadiri sesi Dialog Ibu Bapa/Penjaga bersama Pentadbir Sekolah. Ia merupakan usaha pihak sekolah untuk memberi penerangan kepada ibu bapa penjaga murid mengenai urusan persekolahan anak-anak mereka dari aspek perkembangan akademik, pembangunan sahsiah diri, penilaian ujian, peperiksaan UPSR dan sebagainya. 

Seterusnya, program tersebut dilanjutkan di kelas Tahun 6 dengan penerangan lebih lanjut mengenai peranan ibu bapa penjaga serta murid-murid dalam memastikan pembelajaran murid-murid berjalan dengan lancar. Murid-murid Tahun 6 juga telah menandatangani surat ikrar dan aku janji di hadapan ibu bapa penjaga dalam memastikan komitmen mereka terhadap pembelajaran dipenuhi dengan sebaik mungkin.

Galeri Dialog Ibu Bapa/Penjaga Bersama Pentadbir Sekolah









@sksambir2019

Monday, 7 January 2019

Ucapan Selamat Datang kepada Guru Baru

Pada tahun ini, SK Sambir telah menerima kedatangan tiga guru baru bagi menggantikan posisi En. Issnu Dollah selaku Guru Besar yang berpindah ke SK Meranek, En. Semawi Meli yang berpencen tetap pada tahun lepas dan Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor yang berpindah ke Terengganu.

Seluruh warga SK Sambir mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada:

En. Sufian Bin Basri 
Guru Besar SK Sambir


En. Othman Bin Bujang 
Guru Akademik


En. Mohd. Nazrulah Bin Malek
Guru Pendidikan Islam (Guru Interim)

Friday, 4 January 2019

Program Transisi Murid Tahun 1 SK Sambir 2019

Pada hari pertama persekolahan iaitu 2 Januari 2019 (Rabu), murid Tahun 1 SK Sambir mengikuti Program Transisi. Ia merupakan program yang dirangka untuk membantu murid Tahun 1 membiasakan diri di dalam aliran perdana sekolah. Selain dari itu, tujuan Program Transisi untuk murid Tahun 1 diadakan ialah:
  • Membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tak formal (di rumah atau di prasekolah) ke pendidikan formal di Tahun 1.
  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah (guru-guru dan kawan-kawan) dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani secara keseluruhan sebelum memulakan sesi PnP secara formal.
  • Membantu murid Tahun 1 dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 melalui tahap pencapaian yang hampir sama. 
Objektif program:
  • Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid Tahun 1.
  • Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
  • Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan seharian.




@sksambir2019

Thursday, 3 January 2019

Hari Pendaftaran Murid SK Sambir 2019

Pada 31 Disember 2018 (Isnin), pendaftaran murid telah diadakan di SK Sambir. Pendaftaran dijalankan di kelas masing-masing. Segala urusan seperti pembayaran yuran sekolah, prestasi murid secara akademik pada tahun lepas dan hal-hal yang berkaitan dengan buku teks dijalankan pada hari yang sama. Pendaftaran murid bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10:30 pagi.

SK Sambir mengucapkan ribuan terima kasih pada ibu bapa penjaga kerana memberi kerjasama kepada pihak guru dan juga kakitangan.







@SKSambir2019