Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 24 September 2018

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu

Pada 21 September 2018 (Jumaat), Program Solat Hajat dan Restu Ilmu telah dilaksanakan di makmal komputer SK Sambir. Menerusi Program Solat Hajat, Haji Yusof bin Haji Johari telah dijemput untuk menjadi imam solat Duha, solat Hajat dan bacaan Yasin bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 24-27 September 2018.

Seterusnya, Program Restu Ilmu dilaksanakan setelah program solat Hajat selesai dan bermula sekitar 9 pagi. Aturcara program adalah seperti berikut:
  • Pendaftaran: Ustazah Sabariah Ahmad
  • Bacaan doa: Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor (pengacara majlis Cikgu Abang Mohd. Syukur Abang Husaini)
  • Ucapan Guru Besar
  • Ucapan YDP PIBG
  • Ucapan wakil murid: adik Mohd. Wafiq
  • Nasihat wakil ibu bapa
  • Murid bersalaman dengan guru
  • Sesi bergambar
  • Jamuan makan: diuruskan oleh Cg Ya'ana @ Yakna Drahman
Galeri Program Solat Hajat dan Restu Ilmu




@sksambir2018

No comments:

Post a Comment