Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 13 September 2018

Pertandingan Bola Sepak Senior PSKPP Samarahan 2018


Pada 8 September 2018 (Sabtu), pertandingan bola sepak senior PSKPP Samarahan telah berlangsung di padang bola sepak SK Sambir selepas pemilihan pasukan pada 27 Ogos 2018. Terdapat 4 pasukan yang dibahagikan kepada dua perlawanan iaitu:
  • Perlawanan 1: Samarahan B vs. Simunjan A
  • Perlawanan 2: Simunjan B vs. Samarahan A
Menerusi perlawanan pertama antara Samarahan B menentang Simunjan A, Simunjan A mara ke peringkat akhir. Untuk perlawanan kedua antara Simunjan B menentang Samarahan A, Samarahan A mara ke peringkat akhir. Seterusnya, perlawanan antara Samarahan B menentang Simunjan B dilanjutkan untuk merebut kedudukan ke-3 dan ke-4.

Keputusan untuk setiap perlawanan adalah seperti berikut:
Tempat pertama: Simunjan A
Tempat kedua: Samarahan A
Tempat ke-3: Simunjan B
Tempat ke-4: Samarahan B


Galeri Pertandingan Bola Sepak Senior PSKPP Samarahan 2018














@sksambir2018

No comments:

Post a Comment