Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 27 July 2021

Penyerahan Wang Agihan Bantuan EMK

Pada 06 Julai 2021 (Selasa), pihak sekolah telah melaksanakan penyerahan wang agihan bantuan elaun murid berkeperluan khas (EMK) kepada murid yang dipilih. Penyerahan itu dilaksanakan oleh unit HEM yang diuruskan oleh Penolong Kanan HEM SK Sambir, En. Barawi bin Leman mengikut SOP yang telah ditetapkan.  Ia merupakan penyerahan EMK fasa 1 untuk tahun 2021. Nama murid yang menerima bantuan EMK adalah seperti berikut:

Nama: Irfan Khayrulazzam bin Iszulfika (Tahun 4)

Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada murid OKU yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)- sumber:KPM

Lampiran Gambar:

@sksambir2021

No comments:

Post a Comment