Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 5 July 2021

Pengagihan Peruntukan KWAPM dan e-KASIH 1/2021

credits: eHop|Hopkinton
Pada 01 Julai 2021 (Khamis), pengagihan peruntukan KWAPM dan e-KASIH telah dilaksanakan di SK Sambir untuk murid-murid yang layak menerima bantuan. Ia dilaksanakan mengikut garis panduan dan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) musim pandemik COVID-19. Jadual pengagihan disediakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat penyerahan yang terletak di pondok menunggu iaitu depan pintu pagar utama SK Sambir.

Jadual Pengagihan:

Tahun 1 dan Tahun 2: 0830 pagi- 0930 pagi

Tahun 3 dan Tahun 4: 0930 pagi-1030 pagi

Tahun 5 dan Tahun 6: 1030 pagi-1200 tengah hari

Bagi melancarkan urusan pengagihan, ibubapa/penjaga dikehendaki membawa kad pengenalan dan pen hitam, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal. Urusan pengagihan ini di bawah unit HEM dan melibatkan semua guru kelas.


@sksambir2021

No comments:

Post a Comment