Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 27 June 2019

Sambutan Hari Guru & Gawai Raya 2019 SK Sambir

Pada 26 Jun 2019 (Rabu), SK Sambir telah mengadakan Sambutan Hari Guru & Gawai Raya peringkat sekolah. Ia julung-julung kali diadakan dengan menggabungkan ketiga-tiga sambutan dalam satu majlis yang melibatkan pihak sekolah dan PIBG, dan sambutan itu juga diraikan di dewan sekolah yang baharu saja disiapkan.

Menerusi sambutan tersebut, pihak sekolah telah mengundang beberapa orang tetamu VIP bagi memeriahkan majlis dan sekaligus merasmikan sambutan tersebut. Aturcara sambutan adalah seperti berikut:

07:30 pagi:
  • Ketibaan murid, guru, AKP dan guru KAFA
  • Ketibaan Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG, Penghulu dan Ketua Kaum Kampung Sambir
  • Ketibaan para jemputan
  • Nyanyian lagu Negaraku dan Sarawak Ibu Pertiwiku
  • Bacaan doa- Adik Mohamad Qayyum Aniq Marzatilaswat
  • Ucapan alu-aluan Guru Besar- En. Sufian Basri
  • Ucapan Yang Dipertua PIBG- En. Taip Gondah
  • Ucapan perasmian Sambutan Hari Guru & Gawai Raya peringkat sekolah 2019- En. Rais Ahmat (Pegawai Daerah Asajaya)
  • Bacaan perutusan Hari Guru (Menteri Pendidikan)- En. Faizal Jarawi
  • Bacaan perutusan Hari Guru (KPM)- En. Barawi Leman
  • Bacaan ikrar Hari Guru- Ustaz Muhamad Nazrulah Malek
  • Nyanyian lagu Hari Guru
  • Acara memotong kek
  • Pertukaran hadiah Hari Guru 
  • Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan
  • Jamuan
  • Bersurai
Sambutan tahun ini telah menyaksikan mantan guru besar SK Sambir hadir untuk memeriahkan majlis iaitu En. Mohd. Raba'ai Sedek (Guru Besar SK Wira Jaya) dan En. Issnu Dollah (Guru Besar SK Meranek). Senarai tetamu jemputan yang lain adalah seperti berikut:
  • En. Mohamad Haji Edit (Penghulu Kampung Sambir)
  • KPL/D Rohah Kulai (Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM IPD Kota Samarahan)
  • En. Issnu Dollah (SK Meranek)
  • En. Rawi Haji Ahmat (Pegawai Daerah Asajaya)
  • En. Taip Gondah (YDP PIBG)
  • En. Mohidan Kawi (wakil SK Sebandi Ulu)
  • En. Awang Mohamad (wakil PPD Samarahan)
  • Cik Mastijah M.Ridzuan (Redha Resources)
  • Wakil dari Klinik Kesihatan Kampung Sambir
Suasana di sekitar dewan sekolah:






Persiapan sebelum sambutan bermula:







Tetamu jemputan yang hadir:









Bacaan doa, ucapan alu-aluan, bacaan perutusan dan perasmian sambutan:

Bacaan doa dari Adik Mohamad Qayyum Aniq

Ucapan aluan dari Guru Besar

Ucapan aluan dari YDP PIBG

Bacaan perutusan dari Penolong Kanan Pentadbiran

Bacaan perutusan dari Penolong Kanan HEM

Ucapan perasmian dari Pegawai Daerah Asajaya

Sesi ikrar Hari Guru, nyanyian lagu Hari Guru dan memotong kek:









@sksambir2019

No comments:

Post a Comment