Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 20 June 2019

Penyerahan Projek Dewan Sekolah SK Sambir

Pada 20 Jun 2019 (Khamis), pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahagian Samarahan dan syarikat Redha Resources telah hadir ke sekolah bagi menyerahkan projek dewan sekolah SK Sambir yang sudah siap secara keseluruhan pada bulan ini. Pihak JKR dan Redha Resources telah berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir, En. Faizal Bin Jarawi bagi menyerahkan dokumen berkaitan dengan dewan sekolah.

Pihak JKR dan Redha Resources yang hadir pada hari ini ialah:
  1. Zuraida Hamjah (Jurutera)- JKR Samarahan
  2. Tina Andrew (Penolong Jurutera)- JKR Samarahan
  3. Wang Wee Jaes (PA)- JKR Samarahan
  4. Salina Sakuan (Penolong Pegawai Tadbir)- JKR Samarahan
  5. Mastijah M.Ridzuan (Kontraktor)- Redha Resources
Pihak SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR Samarahan, Redha Resources, PPD Samarahan dan semua pihak lain yang terlibat dalam menjayakan projek dewan sekolah SK Sambir.

Perjumpaan pihak JKR Samarahan dan Redha Resources dengan Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir di pejabat sekolah.

Jurutera JKR Samarahan, Zuraida Hamjah.

Penolong Jurutera JKR Samarahan, Tina Andrew

PA JKR Samarahan, Mr. Wang

Penolong Pegawai Tadbir JKR Samarahan, Salina Sakuan

Kontraktor Redha Resources, Mastijah M.Ridzuan



@sksambir2019


No comments:

Post a Comment