Pada 28 Februari 2019 (Khamis), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan Program Perkhidmatan Sekolah untuk murid Tahun 1 dan 6. Ia merupakan program kesihatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Program kali ini memberi fokus kepada beberapa perkara berikut:
- berat badan dan tinggi
- pemeriksaan kesihatan/fizikal
- pemeriksaan mata
- imunisasi
Tujuan perkhidmatan ini ialah:
- Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras optimum melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
- Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
- Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran berkesan
Bagi murid Tahun 6, pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan/fizikal dijalankan iaitu memeriksa keadaan kuku serta rambut. Manakala murid Tahun 1 pula menjalani pemeriksaan mata dan imunisasi iaitu dua suntikan vaksin kesihatan. Program ini di bawah pengurusan unit HEM sekolah.
Sepanjang sesi pemeriksaan kesihatan dijalankan:
@sksambir