Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 18 September 2017

Pertandingan Mewarna PraSekolah SK Sambir

Bersempena dengan Hari Malaysia, prasekolah SK Sambir telah mengadakan pertandingan mewarna pada 13 September pada pukul 2 petang. Semua murid-murid Prasekolah Kasih SK Sambir telah menyertai pertandingan tersebut dan diselia oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah Hadzli. Menerusi pertandingan tersebut, murid-murid berpeluang untuk mengasah bakat, kreativiti dan juga kebolehan mereka dalam bidang seni. 

Seterusnya, hasil seni mewarna murid-murid telah dinilai oleh juruteknik komputer, Cik Nur Azshieldha Sahran dan penilaian dilakukan berdasarkan 3 perkara iaitu:
  • kekemasan warna
  • pemilihan warna
  • lain-lain kreativiti yang dipaparkan
Gambar sepanjang aktiviti pertandingan mewarna:




Pemenang pertandingan mewarna Prasekolah Kasih ialah:

Tempat pertama: Izz Zetty Dania
Tempat kedua: Aliah Darwisyah
Tempat ketiga: Elman Fathurrahimin
(penyampaian hadiah dijalankan pada hari Jumaat 15/09/2017-rujuk entri Pemenang Pertandingan Sambutan Hari Malaysia SK Sambir)


@sksambir2017

No comments:

Post a Comment