Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 7 September 2017

Majlis Solat Hajat UPSR Peringkat SK Sambir

Pada 07 September 2017 (Khamis), majlis Solat Hajat bersempena dengan peperiksaan UPSR peringkat SK Sambir telah berlangsung di surau sekolah. Majlis anjuran panitia Pendidikan Islam ini dihadiri oleh murid-murid Tahun 6 seramai 28 orang, guru-guru dan juga ibu bapa murid. 

AJK Pengelola untuk majlis Solat Hajat UPSR pada tahun ini ialah:

Penasihat: En. Issnu Bin Dollah (GB SK Sambir)
Pengerusi: En. Samsudin Bin Uas (PK Pentadbiran)
Penyelaras programUstazah Fauziah Binti Dee
Setiausaha: Ustazah Noor Najihah Binti Mohd. Najib
Protokol: En. Issnu Dollah, En. Samsudin Uas, En. Barawi Leman, En. Mohamad Ali Yusup
Imam solat: Ustaz Mohd. Redha Mat Salleh 
AJK persiapan tempat: En. Mahmat Salim, Ustazah Simai Ahmad, Pn. Normala Sapiee, Cik Syaidatul Aini Tahir
AJK Pendaftaran: Ustazah Salbiah, Pn. Noraini Mat
AJK Jamuan: Pn. Yakna Drahman, Pn. Rhamina Austine Tinggie, Pn. Cynthia Tella, Pn. Nora, Pn. Latifah Gok
AJK Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha Sahran
AJK Keselamatan/disiplin: En. Kamarudin Kawi, En. Faizal Bin Hamdan, En. Arifin Hassan, En, Semawi Meli
AJK Kebersihan: En. Mohd. Nazrin Saridu, En. Nor Hailman Edi, En. Redzuan Labon, Pn. Siti Zauwiah Hadzli, Pn. Jamilah Dris

Selepas majlis solat hajat, ibu bapa dan murid-murid diberi sedikit penerangan ringkas mengenai persediaan untuk berhadapan dengan peperiksaan UPSR, tips, peraturan-peraturan dan juga nasihat-nasihat yang berkaitan. Penerangan tersebut disampaikan oleh En. Mahmat Salim selaku SU peperiksaan SK Sambir.

Aturacara majlis solat hajat yang berlangsung di surau sekolah ialah:
  • Pendaftaran murid-murid di hadapan surau sekolah
  • Bacaan doa
  • Bacaan yassin
  • Solat hajat
  • Penerangan ringkas UPSR (di dalam kelas Tahun 6)
  • Jamuan ringan
  • Bersurai
Diharap usaha pihak sekolah akan mendapat keberkatan dan murid-murid Tahun 6 pada tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang.


@sksambir2017

No comments:

Post a Comment