SK Sambir merupakan sebuah sekolah rendah di kawasan Asajaya dan melahirkan ramai pelajar sejak dari tahun 1924. Awal penubuhannya sebagai sebuah sekolah kecil di Kampung Sambir, sekolah ini berkembang menjadi sekolah rendah kerajaan pada lewat tahun 60an dan seterusnya menjadi sekolah kebangsaan pada penghujung tahun 90an. SK Sambir telah mengalami banyak perubahan dari segi landskap namun elemen asal sekolah masih wujud sehingga ke hari ini.
GALERI SK SAMBIR: Dulu dan Sekarang
Bangunan lama yang pernah berfungsi sebagai bilik perpustakaan telah
dirobohkan pada sekitar 90an. Pada tahun 2005, sebuah bangunan baru
didirikan di tapak yang sama dan berfungsi sebagai dewan sekolah.
Kini, ia menjadi bilik RMT murid.
Ruang di tepi blok bangunan lama ini pernah menjadi tempat pilihan
murid-murid dan guru untuk bergambar. Struktur blok sekolah tersebut
masih wujud sehingga ke hari ini.
Suasana kawasan di pintu masuk sekolah pada tahun 2005 dan 2017.
Beberapa kerja baikpulih dan pembersihan telah dilakukan sepanjang
tempoh tersebut.
Lokasi bergambar yang sama pada tahun yang berbeza. Struktur
blok sekolah dilihat sudah mengalami perubahan, begitu juga
dengan warga sekolah.
Bahagian belakang sekolah pada tahun 2005, sebelum
laluan jalan bertar dan bangunan makmal dibina.
Lokasi bergambar bagi para guru pada tahun 1991 kini
menjadi tempat menyimpan peralatan pembersihan
pekerja swasta. Ia merupakan bilik rehat warga sekolah.
Lokasi bergambar guru dan pelajar suatu masa dahulu
masih kekal sama, cuma fungsi blok bangunan di belakang
saja yang mengalami perubahan.
Padang perhimpunan yang pernah menjadi tempat riadah
murid suatu masa dahulu kini tidak menjadi kawasan
berhimpun kerana keadaan padang yang mula uzur.
@sksambir2017
No comments:
Post a Comment