Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 18 January 2017

Tahniah: Pelantikan Ketua Menteri Sarawak ke-6

Image result for abang jo
credits: thesundaily.my
Pada hari Jumaat, 13 Januari 2017, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-6 bagi menggantikan posisi Ketua Menteri Sarawak yang ke-5, Datuk Patinggi Tan Sri Amar Haji Adenan Bin Satem yang kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2017 akibat serangan jantung.

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, merupakan penyandang kerusi DUN Satok dari 1981 sehingga sekarang, menjadi Setiausaha Politik Ketua Menteri ke-4, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kini TYT Sarawak) pada 1983 dan menjadi Menteri Muda Wilayah & Pembangunan Sosial Sarawak pada 1984. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri selain menyandang pelbagai portfolio di bawah pentadbiran Tan Sri Adenan Satem.

Kami, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sambir, Asajaya, Samarahan ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6.

Mendayung sampan ke Kelaka
Singgah di Saribas membeli ikan
Selamat bertugas kami ucapkan
Semoga segalanya mudah belaka

Menunggu perahu di Pengkalan Batu
Terdengar gendang dipalu-palu
Bersama tuan kami bersatu
Majulah Sarawak damai selalu



@sksambir2017

No comments:

Post a Comment