Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 13 January 2017

Belasungkawa: Ketua Menteri Sarawak

Dengan rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa pada hari Rabu, 11 Januari 2017, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Amar Haji Adenan Bin Satem telah kembali ke rahmatullah pada usia 72 tahun. Beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke-5 dan mula bertugas sebagai Ketua Menteri pada tahun 2014. Kami, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sambir, Asajaya, Samarahan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak.

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Kain sutera kain serasah
Tersimpan baik di dalam raga
Walaupun hancur dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga



@sksambir2017

2 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun

    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    "Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah khususon ila ruuhil..............
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete