Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 2 March 2020

Sambutan Hari Lahir Januari-Februari SK Sambir 2020

Pada 28 Februari 2020 (Jumaat), sambutan hari lahir untuk murid dan guru yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diadakan pada jam 10:30 di dewan RMT. Ia merupakan program yang julung kali diadakan bagi meraikan murid-murid khususnya dan ia diuruskan oleh Unit HEM iaitu di bawah kendalian En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM SK Sambir.

Sambutan ini melibatkan murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari sahaja iaitu seramai 20 orang (dari prasekolah sehingga Tahun 6). Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Faizal Bin Jarawi selaku wakil Guru Besar telah merasmikan sambutan dan menyerahkan hadiah kepada murid-murid yang diraikan.

Acara ini berakhir pada sekitar jam 11:15 pagi dan bersurai pada 11:20 pagi. Tujuan utama sambutan ini diadakan ialah:
  • memberi penghargaan kepada murid-murid
  • sebahagian dari program Guru Penyayang
  • memberi peluang kepada murid menerima hadiah (bagi murid-murid yang jarang menerima penghargaan secara akademik)
Menerusi sambutan ini, pengacara majlis merupakan murid Tahun 2 iaitu Adik Muhammad Qaiser Khalifa dan Adik Azzam Hakimi yang dikendalikan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Gambar sepanjang sambutan berlangsung:

Pemeriksaan Kesihatan Kali Ke-2 Tahun 6 SK Sambir 2020

Pada 28 Februari 2020 (Jumaat), pemeriksaan kesihatan kali ke-2 diteruskan oleh pihak Klinik Kesihatan Sambir yang melibatkan kesemua murid Tahun 6. Pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan oleh doktor ialah:
  • pemeriksaan kesihatan jantung (murid lelaki dan murid perempuan)
  • pemeriksaan kebersihan kuku (murid lelaki dan murid perempuan)
  • pemeriksaan kesihatan mata (ujian Ishihara hanya dijalankan ke atas murid yang berdepan dengan masalah mata)
Gambar sepanjang aktiviti pemeriksaan kesihatan berlangsung:






@sksambir2020

Pemeriksaan Kesihatan Ke-2 Tahun 1 SK Sambir 2020

Pada 28 Februari 2020 (Jumaat), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan perkhidmatan kesihatan kali yang ke-2 terhadap murid Tahun 1 di SK Sambir. Pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan oleh doktor ialah:
  • pemeriksaan kesihatan jantung (murid lelaki dan murid perempuan)
  • pemeriksaan kebersihan kuku jari (murid lelaki dan murid perempuan)
  • pemeriksaan alat kelamin (murid lelaki sahaja)
  • suntikan vaksin (untuk murid yang tidak sempat menerima suntikan vaksin sebelum ini disebabkan oleh kurang sihat)
Pemeriksaan kesihatan kali ke-2 Tahun 1 berjalan dengan lancar dan murid-murid memberi kerjasama yang baik.

Gambar sepanjang aktiviti pemeriksaan berlangsung:







@sksambir2020

Thursday, 20 February 2020

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 6

Pada 19 Februari 2020 (Rabu), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap murid Tahun 6. Ia diadakan selepas pemeriksaan murid prasekolah. Antara pemeriksaan kesihatan yang telah dilaksanakan ialah:
  • pemeriksaan kesihatan mata (mengenalpasti jenis rabun murid dan Ishihara)
  • mengukur ketinggian dan berat murid
  • pemeriksaan kebersihan diri (masalah kutu dan sebagainya)
Sebelum pemeriksaan bermula, pihak klinik memberikan ceramah ringkas kepada murid-murid Tahun 6 mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan bagaimana untuk menguruskan kebersihan diri.

Gambar sepanjang aktiviti pemeriksaan berlangsung:







@sksambir2020

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Prasekolah

Pada 19 Februari 2020 (Rabu), pihak Klinik Kesihatan Sambir menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan fizikal kepada murid prasekolah SK Sambir. Ia diteruskan selepas pemeriksaan kesihatan murid Tahun 1. Pemeriksaan kesihatan prasekolah tidak melibatkan sebarang suntikan vaksin. Antara pemeriksaan yang telah dijalankan ialah:
  • pemeriksaan rambut dari jangkitan kutu
  • pemeriksaan fizikal (sama ada demam atau tidak)
  • pemeriksaan kebersihan diri dan kuku
Pihak klinik juga memberi sedikit ceramah ringkas tentang penjagaan kebersihan diri kepada murid prasekolah seperti tatacara membasuh tangan sebelum dan sesudah makan.

Gambar sepanjang aktiviti pemeriksaan kesihatan berlangsung:





@sksambir2020

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 1: Suntikan Vaksin

Pada 19 Februari 2020 (Rabu), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan pemeriksaan kesihatan di SK Sambir iaitu perkhidmatan mengukur berat, tinggi dan mata serta suntikan vaksin kepada murid Tahun 1. Suntikan vaksin itu bertujuan untuk mencegah masalah kesihatan seperti:
  • Kancing gigi/Tetanus
  • Demam campak/ Measles
  • Rubella
  • Batuk kokol/Pertussis
Seramai 15 orang murid Tahun 1 menerima suntikan tersebut setelah mendapat kebenaran ibu bapa. Urusan pemeriksaan ini di bawah kendalian unit HEM.

Gambar sepanjang pemeriksaan kesihatan berlangsung:



















@sksambir2020

Tuesday, 18 February 2020

Keputusan MSSR Bahagian Samarahan kali ke-17

Pada 10-14 Februari 2020, MSSR Bahagian Samarahan kali ke-17 telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Penolong Kanan Kokurikulum SK Sambir, En. Mohamad Ali Bin Yusup dan seorang guru SK Sambir, En. Saharil Bin Sapian telah bertugas pada minggu tersebut.

Keputusan MSSR Bahagian kali ini (murid SK Sambir) ialah:

1. Afiq Hakimi Bin Morshidi
  • 100m L 11 tahun - peringkat saringan
  • Lompat jauh L 11 tahun- peringkat saringan
  • 4x100m peringkat akhir Zon Asajaya no.8
  • 4x200m peringkat akhir Zon Asajaya no.6
2. Mohd. Waiz Bin Hip
  • Lontar peluru- peringkat saringan
3. Norhazeeq Rafiezal Bin Desa
  • Lompat jauh- peringkat akhir no.8 jarak lompatan 3.69m








@sksambir2020