Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 2 March 2020

Sambutan Hari Lahir Januari-Februari SK Sambir 2020

Pada 28 Februari 2020 (Jumaat), sambutan hari lahir untuk murid dan guru yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diadakan pada jam 10:30 di dewan RMT. Ia merupakan program yang julung kali diadakan bagi meraikan murid-murid khususnya dan ia diuruskan oleh Unit HEM iaitu di bawah kendalian En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM SK Sambir.

Sambutan ini melibatkan murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari sahaja iaitu seramai 20 orang (dari prasekolah sehingga Tahun 6). Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Faizal Bin Jarawi selaku wakil Guru Besar telah merasmikan sambutan dan menyerahkan hadiah kepada murid-murid yang diraikan.

Acara ini berakhir pada sekitar jam 11:15 pagi dan bersurai pada 11:20 pagi. Tujuan utama sambutan ini diadakan ialah:
  • memberi penghargaan kepada murid-murid
  • sebahagian dari program Guru Penyayang
  • memberi peluang kepada murid menerima hadiah (bagi murid-murid yang jarang menerima penghargaan secara akademik)
Menerusi sambutan ini, pengacara majlis merupakan murid Tahun 2 iaitu Adik Muhammad Qaiser Khalifa dan Adik Azzam Hakimi yang dikendalikan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Gambar sepanjang sambutan berlangsung:

Murid-murid yang diraikan:





































@sksambir2020

No comments:

Post a Comment