Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday, 17 June 2020

Gotong Royong Sekolah PKPP

Pada 17 Jun 2020 (Rabu), gotong-royong sekolah telah diadakan di SK Sambir. Gotong-royong yang diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan itu bertujuan untuk mempersiapkan sekolah sebelum sesi persekolahan dibuka semula. Sebelum gotong-royong dimulakan, semua guru dan AKP bermesyuarat terlebih dahulu bagi menerangkan kepentingan mengikut SOP dan juga memahami buku garis panduan pengurusan sekolah sepanjang musim Covid-19 yang disediakan oleh KKM dan KPM.

Aktiviti gotong-royong bermula pada jam 10:10 pagi dan guru-guru diminta untuk susun atur semula kedudukan kerusi meja murid mengikut syarat penjarakan sosial. Selotep merah digunakan untuk tujuan penunjuk arah dan pembahagian kawasan. Guru-guru bertugas mengikut kelas masing-masing:

Tahun 1:
  • Yakna @ Ya'ana Drahman
  • Fauziah Dee
  • Faizal Jarawi
Tahun 2:
  • Simai Ahmad
  • Othman Bujang
Tahun 3:
  • Muhammad Nazrulah Malek
  • Normala Sapiee
Tahun 4:
  • Cynthia Tella
  • Saharil Sapian
Tahun 5:
  • Sabariah Ahmad
  • Abang Mohd. Syukur Abang Husaini
Tahun 6:
  • Arifin Hassan
  • Rhamina Austine Tinggie
Prasekolah:
  • Ruhiyati Idayu Borhan
  • Siti Zauwiah Hadzli
Kawasan pejalan kaki:
  • Mohamad Ali Yusup
  • Muhammad Nazrulah Malek
  • Zuraimi Sulong
Gotong-royong selesai pada jam 11:10 pagi dan guru bersurai pada jam 11:30 pagi.

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:



















@sksambir2020

Monday, 15 June 2020

Aktiviti Sanitasi Prasekolah

Pada 19 Mei 2020 (Selasa), pihak Bomba dari balai bomba Asajaya telah mengadakan aktiviti sanitasi di Prasekolah Kasih, SK Sambir. Aktiviti sanitasi itu bertujuan untuk memastikan keadaan premis (prasekolah) dalam keadaan bersih dan mematuhi prosedur piawaian kebersihan atau SOP. Aktiviti sanitasi itu merupakan usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19 yang sedang merebak di seluruh dunia dan menyebabkan kematian. Aktiviti sanitasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Encik Saiful Ismail Bin Osman.

Antara lokasi yang telah disanitasi oleh pihak bomba ialah:
  • Luar bangunan prasekolah
  • Dalam bangunan prasekolah
  • Di sekeliling pagar prasekolah
Aktiviti tersebut dipantau oleh pembantu pengurusan murid yang bertugas, Puan Siti Zauwiah Hadzli. Aktiviti sanitasi dimulakan pada sebelah pagi dan berakhir sebelum tengah hari.

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:









@sksambir2020

Friday, 24 April 2020

Jom Baca Bersama 10 Minit 2020 SK Sambir

Pada 23 April 2020 (Khamis), program Jom Baca Bersama 10 Minit telah dijalankan di seluruh negara dan disertai oleh individu, organisasi, pelbagai jabatan dan institusi pendidikan. Ia merupakan program ilmu secara dalam talian bersempena dengan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia dan juga meraikan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku 2020 UNESCO. 

Tujuan utama program ini diadakan ialah:
  • melahirkan generasi celik ilmu
  • mendidik masyarakat tentang kepentingan pendidikan
  • memupuk masyarakat dengan budaya membaca
  • Menanam perasaan cintakan ilmu
Walaupun program ini diadakan dari pukul 11 pagi hingga pukul 11.10 pagi iaitu selama 10 minit, program membaca ini sebenarnya program yang berlangsung secara berterusan. Selain itu juga, ia merupakan salah satu usaha pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi mewujudkan masyarakat berkualiti terutama sekali dari aspek bahan bacaan dan juga berpendidikan tinggi.

Bagi memeriahkan program, SK Sambir juga turut serta secara dalam talian yang disertai oleh murid-murid, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Malah ia merupakan aktiviti secara dalam talian yang julung-julung kali disertai oleh warga sekolah bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Gambar warga sekolah sepanjang program berlangsung:





















@sksambir2020

Thursday, 23 April 2020

Aktiviti Prasekolah Dalam Tempoh PKP

Pada fasa ke-2 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), murid-murid Prasekolah Kasih SK Sambir telah menyiapkan poster kempen duduk di rumah. Ia merupakan usaha pihak sekolah dan pendidikan prasekolah khususnya untuk memberi pendidikan kepada murid prasekolah mengenai bahaya virus Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Ia juga merupakan salah satu aktiviti mengisi masa lapang murid-murid sepanjang dalam tempoh PKP agar mereka tidak bosan di rumah dan mereka dapat mengisi masa menyiapkan poster tersebut bersama keluarga masing-masing.

Menerusi poster ini juga murid prasekolah telah didedahkan dengan maklumat berikut:
  • jarak 1 meter
  • coronavirus
  • stay at home
Antara poster murid-murid prasekolah sepanjang tempoh PKP fasa 2:

















@sksambir2020