Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday, 10 March 2017

Nostalgia SK Sambir era 70an, 80an, 90an

Sekolah Kebangsaan Sambir antara sekolah rendah terawal yang wujud di sekitar Asajaya iaitu pada tahun 1924. Dahulunya, ia dinamakan sebagai Sekolah Rakyat Zainal Abidin Kampung Sambir. Selepas itu, ia diberi nama lain iaitu Sekolah Kebangsaan Pandang Sari Kampung Sambir sekitar tahun 1967. Pada tahun 1969, sekolah ini diberi nama baharu atas arahan kerajaan iaitu Sekolah Rendah Kerajaan Sambir (kod AS 599) dan nama itu kekal sehingga tahun 1999. Menjelang tahun 2000, sekolah ini mendapat nama baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Sambir (kod YBA 8110) dan nama itu kekal sehingga ke hari ini. 

Sebagai sebuah sekolah yang sekian lama wujud, ia telah melahirkan ramai anak didik dan guru-guru pula datang silih berganti. 

Galeri Nostalgia SK Sambir

Gambar ini diambil sekitar tahun 70an. Guru yang duduk
di tengah-tengah bersama sekumpulan murid dipercayai 
Cikgu Mohamad Kudus (Guru Besar ke-2)

Gambar yang diambil sekitar tahun 80an di lokasi
dan kedudukan yang sama.

Sebuah gambar kelas yang diambil sekitar tahun 80an.
Lokasi bergambar tidak dapat dikenalpasti.

Suasana di bilik sains ketika pihak klinik kesihatan
menjalankan pemeriksaan gigi murid-murid pada 
tahun 1991.

Aktiviti murid-murid di padang perhimpunan yang terletak
berdekatan dengan kuarters kediaman guru dan juga blok
kelas. Gambar diambil sekitar tahun 90an.

Gambar diambil pada hari sukan sekolah pada tahun 
1991. Ia berlangsung di Padang Kampung Sambir.

Gambar lain yang diambil pada hari sukan sekolah.

Perbarisan rumah sukan sekolah di Padang 
Kampung Sambir

Gambar guru bersama murid-murid, dipercayai 
diambil pada lewat 80an ketika majlis ramah-tamah.

Gambar ini diambil pada tahun yang sama dan 
di lokasi yang sama (1)

Gambar ini diambil pada tahun yang sama dan 
di lokasi yang sama (2)

Persembahan murid-murid pada majlis penyampaian
sijil dan hadiah pada sekitar tahun 90an (1994 atau 1995)

Gambar staf sekolah yang diambil pada lewat 80an atau
awal 90an. Guru yang duduk di tengah-tengah (tiga dari
kiri) ialah Cikgu Kram Bin Haji Saini, Guru Besar ke-4.

Gambar sekumpulan guru-guru di tepi bilik rehat sekolah 
yang diambil pada tahun 1991.

Dan beberapa keping gambar kelas yang diambil pada tahun 1991









@sksambir2017

Wednesday, 8 March 2017

SK Sambir: Dulu dan Sekarang

SK Sambir merupakan sebuah sekolah rendah di kawasan Asajaya dan melahirkan ramai pelajar sejak dari tahun 1924. Awal penubuhannya sebagai sebuah sekolah kecil di Kampung Sambir, sekolah ini berkembang menjadi sekolah rendah kerajaan pada lewat tahun 60an dan seterusnya menjadi sekolah kebangsaan pada penghujung tahun 90an. SK Sambir telah mengalami banyak perubahan dari segi landskap namun elemen asal sekolah masih wujud sehingga ke hari ini.

GALERI SK SAMBIR: Dulu dan Sekarang

Bangunan lama yang pernah berfungsi sebagai bilik perpustakaan telah 
dirobohkan  pada sekitar 90an. Pada tahun 2005, sebuah bangunan baru 
didirikan  di tapak yang sama dan berfungsi sebagai dewan sekolah. 
Kini, ia menjadi bilik RMT murid.

Ruang di tepi blok bangunan lama ini pernah menjadi tempat pilihan 
murid-murid dan guru untuk bergambar. Struktur blok sekolah tersebut 
masih wujud sehingga ke hari ini.

Suasana kawasan di pintu masuk sekolah pada tahun 2005 dan 2017.
Beberapa kerja baikpulih dan pembersihan telah dilakukan sepanjang
tempoh tersebut.

Lokasi bergambar yang sama pada tahun yang berbeza. Struktur
blok sekolah dilihat sudah mengalami perubahan, begitu juga
dengan warga sekolah.

Bahagian belakang sekolah pada tahun 2005, sebelum
laluan jalan bertar dan bangunan makmal dibina.

Lokasi bergambar bagi para guru pada tahun 1991 kini 
menjadi tempat menyimpan peralatan pembersihan
pekerja swasta. Ia merupakan bilik rehat warga sekolah.

Lokasi bergambar guru dan pelajar suatu masa dahulu
masih kekal sama, cuma fungsi blok bangunan di belakang
saja yang mengalami perubahan.

Padang perhimpunan yang pernah menjadi tempat riadah
murid suatu masa dahulu kini tidak menjadi kawasan
berhimpun kerana keadaan padang yang mula uzur.


@sksambir2017

Monday, 6 March 2017

Sumbangan Keperluan Surau Untuk SK Sambir

Pada hari Jumaat- 17 Februari 2017, pihak SK Sambir telah menerima sumbangan keperluan surau dari warga Kampung Sambir. Keperluan surau sekolah berupa set sejadah telah diserahkan oleh Encik Karim Bin Chong kepada Guru Besar SK Sambir, Encik Issnu Bin Dollah. Urusan sumbangan tersebut telah diuruskan oleh Ustaz Mohd. Ridzuan Bin Md. Nor. Warga SK Sambir mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

Galeri Sumbangan Keperluan Surau



@sksambir2017

Thursday, 2 March 2017

Gotong Royong SK Sambir 2017 (I)

Pada tahun ini, SK Sambir telah mengadakan gotong royong berperingkat bagi memastikan keadaan di sekolah lebih teratur, kemas dan selesa. Aktiviti gotong royong melibatkan tenaga kerja warga sekolah sendiri yang terdiri daripada guru, anggota kumpulan pelaksana, pekerja swasta dan juga penglibatan murid-murid. Aktiviti ini mensasarkan beberapa bahagian di sekolah dan beberapa siri baikpulih juga telah dijalankan seperti bilik akses, bilik BOSS, bilik guru, bilik sains dan juga ruang stor.


Gotong-Royong 15 Februari 2017






Gotong-Royong 22 Februari 2017






Gotong-Royong 1 Mac 2017





@sksambir2017

Wednesday, 1 March 2017

1 GOVUC Komunikasi Bersepadu

Image result for 1 GOVUC
credits: jpns
1GOVUC Komunikasi Bersepadu merupakan perkhidmatan emel bersepadu bagi sektor awam. Ia memberi kemudahan untuk akses emel, kalendar, kenalan dan aplikasi di mana-mana dan pada bila-bila masa pada desktop, komputer riba, dan peranti mudah alih. Ia juga melindungi emel dari perisian berbahaya dan juga spam. 

MAMPU merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan emel dan perkhidmatan emel disediakan oleh TELEKOM Malaysia Berhad. Projek bermula pada Februari 2012 dan ia bertujuan:
  • Meningkatkan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif bersepadu sektor awam.
  • Diuruskan secara berpusat di MAMPU melalui penggabungan pelbagai kaedah komunikasi.
  • Menjimatkan kos pengurusan dan operasi.
Pada tahun 2016, perluasan perlaksanaan  1 GOVUC ke sekolah-sekolah kerajaan di seluruh Malaysia telah dilakukan dan KPM telah mengarahkan perluasan emel kepada warga KPM di sekolah untuk perjawatan seperti berikut:
  • Emel rasmi (kod sekolah)
  • Guru Besar/Pengetua sekolah
  • Guru Penolong Kanan Pentadbiran
  • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  • Guru Penolong Kanan Kokurikulum
  • Penyelaras ICT/VLE/Guru Data/Juruteknik Komputer (jika ada)
  • Ketua Pembantu Tadbir
  • Guru Penyelia Petang (jika ada)
  • Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam (jika ada)
  • Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (tambahan jika ada)
  • Penyelia Asrama
Penggunaan Emel 1 Govuc boleh diakses menerusi aplikasi Outlook Web App dan pengguna boleh menyemak emel mereka seperti biasa manakala IPMS admin digunakan untuk mendaftar pengguna baru. IPMS 2.0 juga digunakan untuk menyemak status dan maklumat pengguna. Perkhidmatan 1 GOVUC yang ditawarkan kepada sekolah ialah:
  • Portal 1 GOVUC
  • Portal IPMS
  • Emel
  • Big Mail Transfer
Paparan 1 GOVUC Komunikasi Bersepadu
(klik imej untuk paparan lebih jelas)

Muka depan OWA (sebelum log masuk)
User name: 1GOVUC\yba0000.edu
Password: 000000000000

OWA (selepas log masuk)
Contoh paparan kandungan emel

IPMS 2.0 Admin
Digunakan oleh admin untuk mendaftar pengguna baru.
Juga digunakan oleh pengguna untuk menyemak maklumat.

Paparan IPMS 2.0 Admin (dashboard)
Access Code (dalam gelung kuning) digunakan 
untuk mendaftar pengguna akaun baru.
User name: YBA0000 (kod sekolah)

Account Detail
Contoh maklumat pengguna yang baru didaftarkan.

Paparan User Self Service Portal
Log masuk menerusi IPMS 2.0
User name: 1Govuc\namapengguna.edu
Password: 000000000000



@sksambir2017
*pautan 1GOVUC disediakan di laman ini