Pada 18 Januari 2022 (Selasa), SK Sambir telah menyertai program Safari Membaca di bawah kendalian PPD Samarahan berkonsepkan safari iaitu aktiviti membaca yang dijalankan secara langsung (live) dan hantaran baton dari sekolah ke sekolah lain di seluruh kawasan Samarahan. Ia merupakan usaha mempromosi dan menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah. Antara rasional Safari Membaca ini diadakan ialah:
- Tabiat membaca harus dipupuk sebagai cara pemerolehan ilmu dan eksploitasi idea, pendapat dan pengalaman orang lain.
- Amalan membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah.
- Program membaca di sekolah masih gagal mendapat penglibatan menyeluruh oleh pelajar.
SK Sambir memulakan safari membaca sekitar jam 11:30 pagi, melibatkan kesemua murid (prasekolah dan perdana) termasuk juga guru dan AKP. Program ini diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Rhamina Austine Tinggie. Selain aktiviti membaca, murid-murid juga menyertai aktiviti lain yang disediakan guru seperti:
- A letter a day (untuk murid yang belum menguasai ejaan)
- A word a day (untuk murid yang belum menguasai bacaan)
- Crossword
- Word search
- Reading aloud
Lampiran gambar:
No comments:
Post a Comment