Monday, 24 January 2022
Kunjungan Singkat Sempena Persaraan PPD Samarahan
Friday, 21 January 2022
Poetry Recitation Competition SK Sambir
Pada Mei 2021, SK Sambir telah menyertai Poetry Recitation anjuran USTP (PPD Samarahan). Ia juga merupakan salah satu aktiviti dalam Program Galakan Membaca dan pertandingan ini melibatkan ibu bapa dan murid membaca sajak bersama-sama. SK Sambir telah menghantar 4 orang murid menyertai pertandingan dan keputusan pertandingan yang diumumkan pada tahun ini adalah seperti berikut:
- Yuhanis Nur Imanina binti Mohammad Idris (Kategori Prasekolah- Tempat Kedua)
- Alisha Safiya binti Asrizal (Kategori Tahap 1- Tempat Kedua)
- Muhammad Qaiser Khalifa bin Mohd. Nazrin (Kategori Tahap 1- Tempat Keempat)
Poetry Recitation Competition sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) di bawah kategori Outreach. HIP terdiri daripada 4 kategori iaitu In-Class, Out-Class, Extra-Class dan Outreach. HIP di SK Sambir di bawah pengurusan Cikgu Cynthia Tella, guru Bahasa Inggeris.
Lampiran gambar:
Lampiran video (dimuatnaik di Youtube SK Sambir):
Thursday, 20 January 2022
Program Galakan Membaca Daerah Samarahan 2021
Pada 18 Januari 2022 (Selasa), SK Sambir telah menghadiri majlis penutupan untuk program Safari Membaca Daerah Samarahan yang dianjurkan pada hari yang sama. Menerusi majlis tersebut, SK Sambir telah menerima sijil penghargaan untuk pencapaian cemerlang 101 Purata Bacaan Murid dalam senarai 10 yang terbaik di daerah Samarahan dan Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia Tuah telah menerima sijil penghargaan di majlis tersebut.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana menjayakan program membaca dan meningkatkan jumlah pembacaan di kalangan murid-murid.
Lampiran gambar:
Wednesday, 19 January 2022
Safari Membaca SK Sambir 2022
Pada 18 Januari 2022 (Selasa), SK Sambir telah menyertai program Safari Membaca di bawah kendalian PPD Samarahan berkonsepkan safari iaitu aktiviti membaca yang dijalankan secara langsung (live) dan hantaran baton dari sekolah ke sekolah lain di seluruh kawasan Samarahan. Ia merupakan usaha mempromosi dan menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar sekolah. Antara rasional Safari Membaca ini diadakan ialah:
- Tabiat membaca harus dipupuk sebagai cara pemerolehan ilmu dan eksploitasi idea, pendapat dan pengalaman orang lain.
- Amalan membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah.
- Program membaca di sekolah masih gagal mendapat penglibatan menyeluruh oleh pelajar.
- A letter a day (untuk murid yang belum menguasai ejaan)
- A word a day (untuk murid yang belum menguasai bacaan)
- Crossword
- Word search
- Reading aloud
Tuesday, 18 January 2022
Aktiviti Saringan Covid-19 SK Sambir
Pada 13 Januari 2022 (Khamis), murid sekolah SK Sambir yang telah menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka telah menjalani aktiviti saringan Covid-19 bagi memastikan keadaan kesihatan mereka dalam keadaan yang baik dan memenuhi SOP yang ditetapkan. Beberapa orang murid dipilih untuk menggunakan kit saringan RTK antigen yang disediakan oleh pihak pejabat pendidikan daerah.
Saringan ini dijalankan di kediaman masing-masing dan dikendalikan oleh ibu bapa penjaga. Aktiviti saringan ini dijalankan pada setiap minggu (sepanjang sesi PdP dijalankan) bersama murid yang dipilih oleh guru kelas.
Lampiran gambar:
Friday, 14 January 2022
Penyerahan Baucar dan Barangan Bantuan Persekolahan Back To School
SK Sambir telah menerima 5 unit baucar dan barangan persekolahan Back To School kepada murid-murid berdasarkan kecemerlangan menerusi sumbangan ahli Parlimen P197 Kota Samarahan. Sumbangan itu diserahkan pada 12 Januari 2022 (Rabu) di Dewan Suarah Kota Samarahan pada pukul 9 pagi, diterima oleh Penolong Kanan HEM selaku wakil sekolah. Seterusnya pada 18 Januari 2022 (Selasa), baucar dan barangan persekolahan diserahkan kepada penerima sekitar jam 8-10 pagi
Senarai penerima baucar dan barangan persekolahan adalah seperti berikut:
- Qyseh Qyera Qyesha binti Masharif
- Alisha Safiya binti Asrizal
- Aliah Darwisha binti Indera
- Nurul Naziera binti Abdullah Faizal
- Damia Qurratu'aini binti Elius
Monday, 10 January 2022
Sesi Persekolahan Penggal ke-3 SK Sambir
Pada 10 Januari 2022 (Isnin), sesi persekolahan penggal ke-3 untuk tahun 2021 bermula di SK Sambir. Ia merupakan penggal terakhir sebelum sesi persekolahan untuk tahun 2022 bermula pada bulan Mac. SK Sambir tidak mengadakan penggiliran kelas memandangkan murid sekolah tidak melebihi 300 orang. Murid-murid diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, elakkan bersentuhan, sentiasa membasuh tangan dan menjaga jarak. Jadual kelas juga berdasarkan jadual yang digunapakai pada tahun 2021.
Lampiran gambar:
Friday, 7 January 2022
Mesyuarat Staf dan Gotong Royong SK Sambir 2022
Pada 06 Januari 2022 (Khamis), mesyuarat staf telah diadakan di SK Sambir. Ia bertujuan untuk membincangkan perihal pengurusan sekolah terutama sekali tentang pembukaan sekolah bagi penggal ketiga. Hal-hal berkaitan dengan keselamatan dan SOP turut dibincangkan bagi melancarkan urusan sesi persekolahan secara bersemuka pada 10 Januari 2022.
Seterusnya, gotong-royong membersihkan kelas dijalankan selepas tamat mesyuarat bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat dan sesuai untuk digunakan sepanjang sesi PdP.
Lampiran gambar: