Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 6 September 2021

Sambutan Bulan Kebangsaan SK Sambir 2021

Pada 30 Ogos 2021 (Isnin), SK Sambir telah mengadakan Sambutan Bulan Kebangsaan secara maya iaitu melalui Google Meet, disertai oleh para pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, guru KAFA dan guru pelatih. Program di bawah pengurusan unit Kokurikulum iaitu En. Mohamad Ali bin Yusup selaku Penolong Kanan Kokurikulum, bahagian teknikal diuruskan oleh En. Mohd. Nazrulah bin Malek dan Cik Nur Azshieldha binti Sahran, bacaan doa oleh adik Daniel Arrazy dan adik Alisha Safiya dilantik sebagai pengacara majlis.

Program bermula pada sebelah petang iaitu selepas waktu PdPR yang berlangsung pada sebelah pagi, lagu Negaraku dan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku dimainkan sebelum program dimulakan dan seterusnya kata alu-aluan oleh Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia binti Tuah. Kemudian, program diteruskan dengan video tayangan video sambutan bulan kebangsaan SK Sambir dari tahun 2016-2019 (sebelum Covid-19), video ucapan bulan kebangsaan warga SK Sambir dan video persembahan deklamasi sajak dari murid dan guru.

Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah meraikan dan menghayati bulan kebangsaan.

Lampiran gambar (Google Meet):


Video Tayangan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan:

Video Ucapan dari seluruh warga SK Sambir:

@sksambir2021

No comments:

Post a Comment