Pada 8 Mac 2021 (Isnin), sesi persekolahan semula SK Sambir untuk murid-murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 dilaksanakan. Ia merupakan tarikh rasmi pembukaan sekolah seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pembukaan semula sekolah secara menyeluruh untuk sekolah rendah membantu guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dengan mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan. Seawal jam 6:30 pagi, guru-guru bersedia di depan pagar sekolah untuk mencatat suhu murid, memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
SK Sambir juga menerima kunjungan dari pegawai perhubungan sekolah IPD Samarahan PDRM, Koperal Detektif Rohah binti Kulai untuk memantau keselamatan sekolah sepanjang sesi pembukaan sekolah. Penolong Kanan HEM, En. Barawi bin Leman menguruskan keselamatan murid pada sesi pembukaan sekolah.
Lampiran gambar:
No comments:
Post a Comment