Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 18 February 2021

Majlis Apresiasi Prasekolah 2020

Pada 18 Februari 2021 (Rabu), Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan Majlis Apresiasi Prasekolah 2020 mengikut SOP yang ditetapkan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di musim pandemik COVID-19. Bilangan murid yang terlibat dalam majlis tersebut adalah seperti berikut:

25 orang murid:

1. 10 orang murid 5 tahun

2. 15 orang murid 6 tahun

Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sambir yang baru iaitu Puan Norlia binti Tuah, diiringi oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu binti Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah binti Hadzli. Majlis ini dijalankan di lokasi prasekolah tanpa penglibatan ibu bapa.

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

10:00 pagi- ibu bapa menghantar anak-anak ke prasekolah (ibu bapa menunggu di kelas Tahun 6)

10:15 pagi- murid prasekolah bersedia

10:30 pagi- majlis apresiasi dan penyerahan hadiah bermula

11:30 pagi- majlis apresiasi selesai.

Lampiran gambar:















@sksamb2021

No comments:

Post a Comment