Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday, 20 January 2021

Sesi Suai Kenal Prasekolah SK Sambir 2021

Pada 20 Januari 2021 (Rabu), unit prasekolah SK Sambir telah mengadakan sesi suai kenal secara dalam talian mengikut SOP yang ditetapkan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di musim pandemik COVID-19. Sesi suai kenal itu merupakan usaha pihak sekolah untuk memperkenalkan tenaga pengajar prasekolah kepada murid-murid prasekolah menggunakan aplikasi Whatsapp.

Tenaga pengajar prasekolah adalah seperti berikut:

  1. Ruhiyati Idayu binti Borhan (guru prasekolah)
  2. Simai binti Ahmad (guru pendidikan Islam)
  3. Siti Zauwiah binti Hadzli (pembantu pengurusan murid)
Sesi tersebut melibatkan murid prasekolah seramai 25 orang yang terdiri daripada murid 5 tahun dan 6 tahun melalui video rakaman. Diharap sesi ini membantu murid-murid dan juga ibu bapa untuk mengenali tenaga pengajar prasekolah dan memudahkan kerjasama secara dua hala sepanjang tempoh PDPR.

Lampiran video:





@sksamb2021

No comments:

Post a Comment