Bersempena dengan minggu akhir persekolahan, SK Sambir telah mengadakan program Guru Penyayang bersama murid-murid. Program tersebut adalah kesinambungan daripada program Guru Penyayang dilaksanakan bersama Program Transisi Tahun 1 pada awal tahun ini.
Menurut cikgublogging, pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan:
Menurut cikgublogging, pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan:
- Setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.
- Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid-murid semasa datang ke sekolah, sepanjang keberadaan murid di sekolah dan ketika murid-murid meninggalkan sekolah. Program ini dimulakan dengan mengalu-alukan kehadiran murid pada sebelah pagi, guru mengambil peduli terhadap murid sepanjang murid di sekolah, menjalankan aktiviti untuk murid-murid seperti sambutan hari lahir, sambutan hari kanak-kanak dan sebagainya dan memantau keadaan murid-murid ketika waktu persekolahan tamat.
@sksambir2017
No comments:
Post a Comment