Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 9 October 2017

Sambutan Sukan Tahunan SK Sambir 2017 II

Pada 28 September 2017 (Khamis), hari kedua sukan tahunan SK Sambir diteruskan dengan pelbagai acara sukan. Berlangsung di padang sekolah, acara bermula dengan aktiviti senaman bersama PIBG, warga sekolah dan juga semua murid-murid. 

Seterusnya, sukan tahunan SK Sambir pada tahun ini telah dirasmikan oleh  timbalan pegawai pendidikan dari PPD Samarahan, En. Abdul Latip Bin Bujang yang bakal bersara tidak lama lagi. Beliau mengucapkan syabas kerana berjaya menganjurkan sukan tahunan yang memberi manfaat kepada murid-murid dalam pembangunan sukan, sekaligus memupuk kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Beliau juga berharap agar aktiviti-aktiviti sukan di sekolah dapat diteruskan setiap tahun agar dapat melahirkan atlet-atlet sekolah yang berkualiti. Seterusnya, upacara melepaskan belon dan membebaskan burung merpati oleh En. Abdul Latip Bin Bujang sebagai simbolik perasmian pun berlangsung, diiringi oleh Guru Besar SK Sambir- En. Issnu Dollah, YDP PIBG- En. Taip Gondah, Penolong Kanan Kokurikulum SK Sambir- En. Mohamad Ali Yusup dan beberapa pegawai PPD serta guru-guru yang lain.

Acara sukan untuk hari kedua ialah:
  • acara larian prasekolah (lelaki perempuan)
  • acara larian lelaki kategori A, B dan C
  • acara larian perempuan kategori A, B dan C
  • acara larian baton lelaki C
  • acara larian baton perempuan C
  • acara meniup belon prasekolah
  • acara lari dalam guni Tahap 1
  • acara boling padang kategori A (lelaki dan perempuan)
  • acara kutip gula-gula prasekolah (lelaki dan perempuan)
Aktiviti lain yang berlangsung pada hari kedua sukan tahunan ialah:
  • senam pagi bersama PIBG dan warga KOSPEN
  • perarakan kontinjen rumah sukan
  • cabutan tiket bertuah
Menerusi sambutan sukan tahunan yang berlangsung selama dua hari di padang sekolah, juara keseluruhan rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Merah (Nuri), diikuti oleh Rumah Biru (Rajawali), Rumah Hijau (Kenyalang) dan Rumah Kuning (Helang). Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada olaragawan dan olahragawati pada tahun ini iaitu:
  1. Aiman Haziq Barawi- Tahun 6 (Olahragawan Sukan Tahunan SK Sambir 2017)
  2. Nur Jazmiza Junaidi- Tahun 4 (Olahragawati Sukan Tahunan SK Sambir 2017)

GALERI SUKAN TAHUNAN SK SAMBIR 2017

Acara senam pagi di padang sekolah

En. Abdul Latip Bujang menandatangani buku pelawat 
sebaik saja tiba di tapak acara sukan tahunan SK Sambir

Pengacara majlis yang bertugas- Cikgu Mohd. Nazrin Saridu
dan Cikgu Rhamina Austine Tinggie

Acara perarakan kontinjen rumah sukan bermula
(Rumah Hijau- Kenyalang)

(Rumah Biru- Rajawali)

(Rumah Merah- Nuri)

(Rumah Kuning- Helang)

Bacaan ikrar sukan tahunan yang diketuai oleh pelajar
Tahun 6, Ishral Raqib Taip

Ucapan perasmian dari Guru Besar SK Sambir,
En. Issnu Bin Dollah

Ucapan perasmian dari Timbalan PPD Samarahan 
En. Abdul Latip Bin Bujang

Upacara melepaskan belon oleh En. Abdul Latip Bujang

Upacara melepaskan burung merpati ke udara

Hadiah cenderahati dari pihak SK Sambir kepada
En. Abdul Latip Bujang

Sesi 5 cabutan tiket bertuah dilakukan oleh
En. Abdul Latip Bujang

Acara larian kategori lelaki C

Acara larian kategori perempuan C

Acara larian kategori lelaki B

Acara larian 400 meter lelaki C bermula

Gelagat murid yang menyertai larian baton

Acara boling padang kategori A

Acara 50 meter larian prasekolah

Acara meniup belon prasekolah

Acara mengutip gula-gula prasekolah

Acara lari dalam guni  Tahap 1

Sesi penyampaian pingat kepada semua pemenang


@sksambir2017

No comments:

Post a Comment