Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 30 October 2017

Smarter Phonics SK Sambir 2017

Pada 23 Oktober 2017 (Isnin), Pemantapan Pedagogi Bahasa Inggeris Guru Prasekolah telah diadakan di kelas prasekolah Kasih SK Sambir. Aktiviti tersebut bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 1:30 petang. Jumlah peserta yang menyertai aktiviti tersebut ialah:

  1. En. Issnu Bin Dollah (Guru Besar)
  2. En. Samsudin Bin Uas (Pen. Kanan Pentadbiran)
  3. En. Barawi Bin Leman (Pen. Kanan HEM)
  4. En. Mohamad Ali Bin Yusup (Pen. Kanan Kokurikulum)
  5. En. Semawi Bin Meli (Guru Pemulihan)
  6. En. Mahmat Bin Salim (Guru Akademik)
  7. Ustazah Simai Binti Ahmad (Guru Pendidikan Islam)
  8. Pn. Cynthia Tella (Guru Akademik) 
  9. Pn. Normala Binti Sapiee (Guru Akademik)
  10. Pn. Rhamina Ak Austine Tinggie (Guru Akademik)
  11. Ustaz Mohd. Ridzuan Bin Mohd. Noor (Guru Akademik)
  12. Pn. Siti Zauwiah Binti Hadzli (Pem. Pengurusan Murid)
Antara latihan yang dijalankan sepanjang sesi pemantapan:
  • 12:00-12:20 tengah hari: Pengenalan tentang Smarter Phonics
  • 12:20-12:50 petang: Membunyikan abjad-abjad mengikut smarter phonics skills. Mempraktikkan penggunaan 'tactile mat' dan penutup tudung botol
  • 12:50-1:30 petang: Membentuk perkataan menggunakan abjad pada penutup botol.




Latihan pedagogi Bahasa Inggeris tersebut dilihat membantu guru dalam memahami ejaan dan fonologi secara santai.

@sksambir2017

Tuesday, 17 October 2017

Junior Leader Camp 2.0 SMK Hajjah Laila Taib 2017

Pada 11-13 Oktober 2017 (Rabu-Jumaat), murid-murid Tahun 6 SK Sambir telah menyertai program Junior Leader Camp 2.0 di SMK Hajjah Laila Taib Asajaya. Program tersebut merupakan aktiviti perkhemahan bersama sekolah-sekolah rendah di sekitar SMK Hajjah Laila Taib yang menggalakkan murid-murid menjadi lebih matang dalam berfikir, berdikari dan berkepimpinan. Ia juga merupakan aktiviti pasca UPSR bagi murid-murid Tahun 6 di SK Sambir. 

Pada hari terakhir program iaitu pada 13 Oktober (Jumaat), sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid yang menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur.

GALERI JUNIOR LEADER CAMP 2.0 SMK HAJJAH LAILA TAIB

Sesi perhimpunan di dewan sekolah
Ihsan: FB SMK Hajjah Laila Taib

Aktiviti berkumpulan
Ihsan: FB SMK Hajjah Laila Taib

Aktiviti senamrobik
Ihsan: FB SMK Hajjah Laila Taib

Ihsan: FB SMK Hajjah Laila Taib

Aktiviti-aktiviti lasak
Ihsan: FB SMK Hajjah Laila Taib

Ihsan: FB SMK Hajjah Laila Taib

Sesi penyampaian sijil kepada murid

Sesi penyampaian hadiah kepada murid



Sesi penyampaian sijil kepada guru pengiring

Penyerahan cenderahati kepada guru besar yang hadir

Guru pengiring SK Sambir yang terlibat sama pada
hari terakhir Junior Leader Camp 2.0



@sksambir2017

Thursday, 12 October 2017

Penyerahan Cenderahati pada Pengawas UPKK

Bermula dari 2-5 Oktober 2017, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA untuk murid-murid Tahun 5 telah dijalankan di SK Sambir dan ia berakhir pada hari Khamis. Segunung ucapan terima kasih diucapkan kepada pengawas peperiksaan yang datang dan menjalankan tugas mereka sepanjang UPKK berlangsung. Penyerahan cenderahati dari pihak sekolah kepada pengawas peperiksaan berlangsung pada hari terakhir UPKK dan ia telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir kepada pengawas peperiksaan yang bertugas.



@sksambir2017

Wednesday, 11 October 2017

Aktiviti Pasca UPSR Tahun 6 2017

Pada tahun ini murid-murid Tahun 6 menjalani aktiviti Pasca UPSR. Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka selepas menghadapi peperiksaan UPSR dengan aktiviti yang berfaedah. Senarai aktiviti yang telah dijalankan untuk murid-murid Tahun 6 adalah seperti berikut:

  • Persiapan hari Sukan Tahunan Sekolah
  • Permainan tradisional di pusat sumber
  • Gotong-royong menyusun bahan bercetak di pusat sumber
  • Sukan dan permainan
  • Leisure & Learning di pusat akses
  • Kuiz 50 soalan pengetahuan am di pusat akses
  • Powerpoint activity di pusat akses
  • Software Installation Learning di pusat akses
  • Latihan perkhemahan di dewan terbuka sekolah
  • Aktiviti Junior Leader Camp di SMK Hajah Laila Taib, Asajaya

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:

Gotong-royong di pusat sumber

Aktiviti L&L dan Powerpoint


Latihan perkhemahan di dewan terbuka sekolah

 Cikgu Arifin Hassan memberi tunjuk ajar cara
pemasangan khemah

Software installation learning di pusat akses


Menyertai Junior Leader Camp di SMK Hajah Laila Taib



@sksambir2017

Tuesday, 10 October 2017

Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) Prasekolah

Pada 09 Oktober 2017 (Isnin), Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang bertujuan untuk mendidik murid-murid prasekolah mengenai kepentingan menjaga diri dari bahaya gangguan seksual dan mengenalpasti perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif.


Menerusi program ini, murid-murid prasekolah dan juga ibu-bapa yang ikut serta turut didedahkan dengan simptom-simptom penderaan seksual, tanda-tanda mangsa penderaan seksual, peranan ibu bapa dalam menangani jenayah seksual kanak-kanak dan juga tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu pada kanak-kanak.

Program ini di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan ahli jawatankuasa program adalah seperti berikut:

Penasihat: En. Issnu Dollah (Guru Besar SK Sambir)
Pengerusi: En. Samsudin Uas (Penolong Kanan Pentadbiran Kurikulum)
Penyelaras program: Puan Noraini Mat (Guru Prasekolah Kasih)
Penolong penyelaras: Pn. Siti Zauwiah Hadzli (Pembantu Pengurusan Murid)
AJK disiplin: En. Mohd. Ridzuan Md. Nor (Guru Pendidikan Islam)
AJK Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha Sahran (Juruteknik Komputer)
*semua ibu bapa prasekolah terlibat

Antara penerangan yang disampaikan dalam program tersebut adalah seperti berikut:

Apakah penderaan seksual kanak?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya, atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

Apakah tanda-tanda penderaan seksual?
  • Mengigau, sukar tidur, takut kepada keadaan gelap
  • Perubahan tingkah laku-takut, marah, menyisihkan diri
  • Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu
  • Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak dewasa
  • Masalah perhubungan
  • Berasa tidak berupaya/tidak berdaya
  • Berahsia
  • Sering bercakap tentang rakan baharu yang lebih dewasa
  • Mencederakan diri atau kecenderungan membunuh diri
  • Menagih dadah atau alkohol
  • Memakai pakaian berlapis-lapis
  • Maruah diri yang rendah
  • Berperangai seksual
  • Gagal memberi tumpuan
  • Gangguan pemakanan
  • Lain-lain (tidak semua mangsa menunjukkan tanda-tanda yang sama)
Bagaimana ibu bapa boleh melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual?
  • Mendidik anak supaya melindungi tubuh badan
  • Membiasakan anak-anak untuk tidak membenarkan orang lain berkelakuan tidak sopan pada diri mereka
  • Mengingatkan anak agar tidak mengikuti orang yang tidak dikenali walau apapun alasan yang diberi.
  • Memastikan anak-anak mendapat kebenaran sebelum pergi ke mana-mana.
  • Meminta anak-anak supaya tidak berahsia khususnya yang melibatkan masalah tubuh badan.
  • Mendidik anak-anak untuk tahu maklumat peribadi seperti nama diri sendiri, alamat rumah, nombor telefon rumah, dan nombor telefon ibu-bapa.
  • Memastikan anak-anak tidak terlibat dalam sebarang permainan yang membabitkan sentuhan anggota seksual.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika kanak-kanak mula memberitahu?
  • Percaya: Mempercayai kanak-kanak dan membantu mengatasi trauma yang mereka alami
  • Bertenang: Berikan kesabaran dalam membantu mengembalikan maruah mereka
  • Tegas: Perasaan mereka mesti dipandang serius dan tegas
  • Bimbingan: Mangsa perlu diyakinkan semula dan dibimbing untuk menghadapi situasi
  • Sokongan: Mangsa perlu tahu bahawa anda sentiasa ada di sisi mereka dan sama-sama melaluinya.
  • Buat laporan: Laporkan kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam

GALERI PEERS PRASEKOLAH KASIH SK SAMBIR


















@sksambir2017

Monday, 9 October 2017

Sambutan Sukan Tahunan SK Sambir 2017 II

Pada 28 September 2017 (Khamis), hari kedua sukan tahunan SK Sambir diteruskan dengan pelbagai acara sukan. Berlangsung di padang sekolah, acara bermula dengan aktiviti senaman bersama PIBG, warga sekolah dan juga semua murid-murid. 

Seterusnya, sukan tahunan SK Sambir pada tahun ini telah dirasmikan oleh  timbalan pegawai pendidikan dari PPD Samarahan, En. Abdul Latip Bin Bujang yang bakal bersara tidak lama lagi. Beliau mengucapkan syabas kerana berjaya menganjurkan sukan tahunan yang memberi manfaat kepada murid-murid dalam pembangunan sukan, sekaligus memupuk kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Beliau juga berharap agar aktiviti-aktiviti sukan di sekolah dapat diteruskan setiap tahun agar dapat melahirkan atlet-atlet sekolah yang berkualiti. Seterusnya, upacara melepaskan belon dan membebaskan burung merpati oleh En. Abdul Latip Bin Bujang sebagai simbolik perasmian pun berlangsung, diiringi oleh Guru Besar SK Sambir- En. Issnu Dollah, YDP PIBG- En. Taip Gondah, Penolong Kanan Kokurikulum SK Sambir- En. Mohamad Ali Yusup dan beberapa pegawai PPD serta guru-guru yang lain.

Acara sukan untuk hari kedua ialah:
  • acara larian prasekolah (lelaki perempuan)
  • acara larian lelaki kategori A, B dan C
  • acara larian perempuan kategori A, B dan C
  • acara larian baton lelaki C
  • acara larian baton perempuan C
  • acara meniup belon prasekolah
  • acara lari dalam guni Tahap 1
  • acara boling padang kategori A (lelaki dan perempuan)
  • acara kutip gula-gula prasekolah (lelaki dan perempuan)
Aktiviti lain yang berlangsung pada hari kedua sukan tahunan ialah:
  • senam pagi bersama PIBG dan warga KOSPEN
  • perarakan kontinjen rumah sukan
  • cabutan tiket bertuah
Menerusi sambutan sukan tahunan yang berlangsung selama dua hari di padang sekolah, juara keseluruhan rumah sukan telah dimenangi oleh Rumah Merah (Nuri), diikuti oleh Rumah Biru (Rajawali), Rumah Hijau (Kenyalang) dan Rumah Kuning (Helang). Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada olaragawan dan olahragawati pada tahun ini iaitu:
  1. Aiman Haziq Barawi- Tahun 6 (Olahragawan Sukan Tahunan SK Sambir 2017)
  2. Nur Jazmiza Junaidi- Tahun 4 (Olahragawati Sukan Tahunan SK Sambir 2017)

GALERI SUKAN TAHUNAN SK SAMBIR 2017

Acara senam pagi di padang sekolah

En. Abdul Latip Bujang menandatangani buku pelawat 
sebaik saja tiba di tapak acara sukan tahunan SK Sambir

Pengacara majlis yang bertugas- Cikgu Mohd. Nazrin Saridu
dan Cikgu Rhamina Austine Tinggie

Acara perarakan kontinjen rumah sukan bermula
(Rumah Hijau- Kenyalang)

(Rumah Biru- Rajawali)

(Rumah Merah- Nuri)

(Rumah Kuning- Helang)

Bacaan ikrar sukan tahunan yang diketuai oleh pelajar
Tahun 6, Ishral Raqib Taip

Ucapan perasmian dari Guru Besar SK Sambir,
En. Issnu Bin Dollah

Ucapan perasmian dari Timbalan PPD Samarahan 
En. Abdul Latip Bin Bujang

Upacara melepaskan belon oleh En. Abdul Latip Bujang

Upacara melepaskan burung merpati ke udara

Hadiah cenderahati dari pihak SK Sambir kepada
En. Abdul Latip Bujang

Sesi 5 cabutan tiket bertuah dilakukan oleh
En. Abdul Latip Bujang

Acara larian kategori lelaki C

Acara larian kategori perempuan C

Acara larian kategori lelaki B

Acara larian 400 meter lelaki C bermula

Gelagat murid yang menyertai larian baton

Acara boling padang kategori A

Acara 50 meter larian prasekolah

Acara meniup belon prasekolah

Acara mengutip gula-gula prasekolah

Acara lari dalam guni  Tahap 1

Sesi penyampaian pingat kepada semua pemenang


@sksambir2017