Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 3 July 2017

Program Bubur Lambuk Peringkat Sekolah 2017

Pada 22 Jun 2017 (Khamis) bersamaan dengan 27 Ramadan 1438H, warga SK Sambir telah mengadakan Program Bubur Lambuk peringkat sekolah. Program tersebut telah diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam yang terdiri dari Ustazah Fauziah Hj Dee selaku ketua panitia dan program diselia oleh Ustazah Noor Najihah Mohd Najib, Ustazah Simai Ahmad dan Ustaz Mohd Ridzuan Md Nor. Guru-guru KAFA juga terlibat dalam program tersebut dan bubur lambuk diagih-agihkan kepada murid-murid serta warga sekolah sebelum sesi persekolahan pada hari tersebut tamat.

Program tersebut merupakan satu usaha dalam memupuk silaturahim antara warga sekolah dan juga pendidikan secara langsung kepada murid-murid mengenai nilai kerjasama serta amalan bersedekah di bulan Ramadan.

Antara aktiviti program yang telah dijalankan pada hari tersebut:










@sksambir2017

No comments:

Post a Comment