Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 26 August 2016

Program Jejak Gemilang UPSR & Solat Hajat UPSR 2016

Pada hari Isnin sehingga hari Khamis, 22-25 Ogos 2016, guru-guru Tahun 6 telah mengadakan kelas malam untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Aktiviti kelas malam yang dikenali sebagai Program Jejak Gemilang dibantu oleh PIBG dalam memastikan usaha tersebut berjaya dilaksanakan. Guru bersara, Encik Ahmad Bin Bongom turut membantu memberi sumbangan ilmu dalam program tersebut.

Pada hari Jumaat, 26 Ogos 2016, pihak sekolah telah menganjurkan program Solat Hajat UPSR 2016  yang diadakan di makmal komputer SK Sambir. Program tersebut merupakan aktiviti bagi pihak sekolah untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September. Program tersebut di bawah pengurusan guru Pendidikan Islam dan ibu bapa pelajar turut dijemput bagi memeriahkan program.


Galeri Program Jejak Gemilang & Solat Hajat UPSR 2016





@sks2016

No comments:

Post a Comment