Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday, 1 July 2016

Salam Syawal 2016/1437AH

Image result for salam syawal
Ramadhan bakal meninggalkan kita dan hari ini merupakan Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Seperti yang kita ketahui, Ramadhan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu:

1. Fasa Pertama: Rahmat

Fasa pertama adalah peringkat pertama dalam berpuasa dan Allah SWT mengurniakan bulan Ramadhan sebagai bulan bonus untuk beramal ibadat dan memanfaatkan masa dengan perkara-perkara yang baik. Pada peringkat ini, kita diuji dengan godaan makan dan minum dan di situlah kita berdepan dengan Jihadunnafs (jihad melawan nafsu).

2. Fasa Kedua: Pengampunan (Maghfirah)

Fasa kedua ialah peringkat kedua untuk kita memburu keampunan pada setiap rahmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Peringkat ini peringkat yang sesuai untuk melanjutkan solat, berqiamullail, memohon petunjuk, solat sunat, berzikir, memohon ampun pada setiap kesalahan kita samada sedar atau tidak, dan sebaiknya beruzlah iaitu mengasingkan diri untuk memahami makna berpuasa.

3. Fasa Ketiga: Pembebasan Api Neraka

Fasa ketiga adalah peringkat terakhir berpuasa yang paling utama. Pada peringkat inilah amalan dilipatgandakan dan memperbanyakkan zikir, perkara-perkara sunat, qiamullail dan bersedekah. Bagi wanita yang uzur pula, zikir yang berterusan adalah ibadat ringan yang sangat dimuliakan agar mereka tidak kerugian dalam mencari keberuntungan di akhir bulan puasa. Pada peringkat ini juga, malam-malam ganjil mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada umat lain melainkan umat Nabi SAW, iaitu malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa amal perbuatan itu tergantung pada penutupan, atau pengakhirannya. Maka sebab itulah penutup bulan puasa sangat penting dan mesti dimanfaatkan dengan baik. 



Sekarang kita berada di fasa ketiga bulan Ramadhan. Untuk fasa yang terakhir, marilah kita berisitiqamah dalam melakukan perkara-perkara baik dan meraikan Syawal yang bakal tiba dengan penuh rasa bersyukur. 


Salam Syawal 2016/1437AH dari seluruh warga SK Sambir untuk semua pengunjung blog.

@sks2016

No comments:

Post a Comment