Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 15 June 2016

Kursus I-think Dalam Talian (KiDT) 2016

Image result for KiDT 2016 MYGFLKursus i-think dalam talian (KiDT) kini kembali lagi pada tahun 2016 menerusi gelombang 2 pendidikan. Sesiapa yang telah menyiapkan kursus pada tahun yang lepas dikecualikan bagi mengikuti kursus ini. Untuk para guru yang belum menghabiskan kursus ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu:


  • Laman sesawang untuk menjalani kursus i-think ialah mygfl.moe.gov.my
  • Log in menggunakan nombor kad pengenalan.
  • Kata laluan ialah 'password'.
  • Selepas log in, terdapat empat (4) bahagian di dalam akaun anda iaitu My Resource, My Lesson, My Test dan My Activity. Sila rujuk My Resource untuk mendapatkan Learning Object dan SCORM. 
  • Seterusnya, sila mendaftar kursus di My Lesson untuk menjalani kursus i-think.

Terdapat beberapa peringatan apabila melayari laman sesawang MYGFL iaitu:
plug in untuk KiDT
  • Langkah pertama untuk menjalani kursus i-think ialah sila UNINSTALL Mozilla Firefox, Java dan Flash yang sedia ada di dalam komputer anda kerana ia akan menyebabkan anda tidak dapat membuka kursus i-think. 
  • Seterusnya, sila PASANG plug-in yang diperlukan untuk i-think. Sila rujuk laman sesawang MYGFL untuk mengetahui plug-in tersebut.
  • Peringatan yang paling utama ialah: laman sesawang MYGFL TIDAK mesra pengguna dan mengambil masa untuk loading. Diharap bersabar.
  • Setelah menjawab soalan di dalam i-think dan anda berhasrat untuk menyambung kursus itu kemudian, sila QUIT di main Mozilla Firefox untuk memastikan kerja-kerja anda disimpan. 
  • Sila HATI-HATI sebelum log out. Jika anda terburu-buru tutup skrin, anda akan kehilangan data dan anda perlu ulang semula kursus dari mula.
  • Kursus tersebut muncul di pop up berlainan. Oleh itu, sila PASTIKAN anda menyemak paparan browser yang lagi satu dari masa ke semasa kerana jika tidak, paparan browser tersebut menjadi tidak aktif dan akan log out tanpa disedari. (Diingatkan, log out tanpa QUIT akan menyebabkan data anda hilang dan anda perlu ulang semula kursus dari mula.)
  • Paparan terbaik kursus i-think ialah menerusi IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox 2.0
  • Tempoh kursus atas talian i-think ini sehingga bulan Disember 2016.

Sila ke pautan JPN Perak untuk mendapatkan nota bantuan teknikal KiDT 2016

Selamat menjalani kursus i-think dan semoga berjaya :)

@sks2016

No comments:

Post a Comment