Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 27 April 2016

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit



Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit akan diadakan pada Isnin, 25 April 2016 sempena dengan Sambutan Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2016. Untuk program tersebut, Pustaka Negeri Sarawak mempromosikan hashtag #lanbaca2016. Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran tinggi.


Sehubungan dengan itu, SK Sambir telah menyertai program tersebut dengan sesi membaca selama 10 minit di setiap kelas pada 25 April 2016. Pada 27 April 2016, SK Sambir mengadakan sesi membaca sajak dan syair dengan memilih beberapa orang murid iaitu:

Sajak
  • Nur Ain Adawiyah
  • Nur Syafiqah Alwi
  • Azwazila Zawana
Syair
  • Nur Syifa' Jamain

Program ini anjuran semua perpustakaan awam negeri, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, IPTA/IPTS dan lain-lain jabatan.


@sks2016

No comments:

Post a Comment