Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 26 October 2022

Sambutan Bulan Kebangsaan ke-65 SK Sambir

Sempena menyambut Bulan Kebangsaan ke 65, unit Kokurikulum akan mengadakan beberapa pertandingan untuk menyemarakkan sambutan di peringkat sekolah. Aktiviti pertandingan mewarna, kuiz dan nyanyian solo lagu patriotik akan dijalankan bermula pada 29 Ogos 2022, manakala aktiviti lain pada 30 Ogos 2022. Aktiviti pertandingan basikal berhias akan diadakan pada 30 Ogos 2022 dan akan diadili oleh juri yang dilantik. Perarakan sambil mengibar Jalur Gemilang telah disertai oleh semua warga SK Sambir sebagai tanda cintakan negara.

Objektif aktiviti dan pertandingan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan potensi dan bakat murid serta membina keyakinan diri murid dengan bakat dan potensi yang mereka miliki. Tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dan bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Suasana semasa program sedang berlangsung>>










@sksambir2022

Wednesday 12 October 2022

Sambutan Maulidur Rasul SK Sambir 2022

Sekolah Kebangsaan Sambir telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H pada 11 Oktober 2022. Majlis ini diadakan untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah dalam kalangan pelajar dan warga SK Sambir. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Diantaranya ialah Perarakan yang disertai oleh semua pelajar dan warga SK Sambir yang bermula dari kawasan sekolah sehingga ke Masjid Kampung Sambir.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang dijalankan seperti tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Azri Izzat bin Rasidi dari SMK Hajah Laila Taib, Persembahan nasyid dan qasidah daripada para pelajar dan pra Khatam Al-Quran. Tahniah diucapkan kepada adik Mohammad Qayyim Adeeb bin Marzatilaswat dan adik Nur Izzati Fatini bin Abu Samah yang telah dipilih menjadi Tokoh Maulidur Rasul SK Sambir 2022.

Tahniah diucapkan kepada warga SK Sambir Khususnya Jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H peringkat SK Sambir pada tahun ini.




Untuk gambar dan video yang lebih menarik sila lawati Facebook Rasmi SK Sambir atau klik pautan Google Photo yang disertakan di bawah.

Album Maulidur Rasul SK Sambir