Pada 03 Disember 2020 (Khamis), unit HEM SK Sambir telah melaksanakan penyerahan baucar bantuan pakaian seragam sekolah sumbangan Yayasan Sarawak melalui pihak Pejabat Residen Bahagian Samarahan kepada murid-murid yang dipilih.
Sebelum penyerahan baucar, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Jarawi mewakili Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Basri memberi sedikit ucapan berkenaan dengan baucar bantuan iaitu:
- Baucar bantuan digunakan di pasaraya terpilih. Antaranya KK Store, Jun Rong, Golden Dragon City dan sebagainya.
- Baucar digunakan untuk membeli barangan persekolahan iaitu pakaian sekolah (baju, seluar), kasut dan beg sekolah sahaja.
Seterusnya, Penolong Kanan HEM, En. Barawi Leman menambah sedikit info berkenaan dengan baucar bantuan iaitu:
- Tempoh baucar sehingga 31 Disember 2020.
- Hanya baucar asli sahaja diterima oleh pihak pasaraya.
- Baucar tidak boleh ditukar menjadi wang tunai.
- Baucar menggunakan nama murid, bukan ibu bapa/penjaga.
- Resit pembelian boleh diserahkan kepada pihak sekolah sebagai bukti penggunaan baucar.
Sesi penyerahan baucar bantuan ini bermula sekitar jam 9:30 pagi sehingga pukul 10:00 pagi di pejabat sekolah. Nama penerima baucar bantuan adalah seperti berikut:
- Abdul Qaliff bin Ismail
- Muhamad Rafirudin bin Suria
- Nur Danilia Afira binti Johari
- Nur Ramadhan bin Abdullah
- Nur Suraya binti Sahari
- Nur Syazwani binti Suai
- Qyseh Qyera Qyesha binti Masharif
- Aaron Azizi bin Amirul Hakim
- Nur Izzati Amira binti Iswandy
Lampiran gambar: