Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday, 30 September 2020

Taklimat Prasekolah Tahun 2020

Pada 29 September 2020, Taklimat Prasekolah telah diadakan di kelas Prasekolah Kasih pada jam 2 petang. Ia dihadiri 23 orang ibu bapa dan taklimat ini selesai pada jam 03:15 petang. Taklimat ini disampaikan oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu binti Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah binti Hadzli. 

Taklimat ini merupakan pemakluman murid prasekolah yang lulus masuk ke Prasekolah Kasih tahun 2021 dan persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka seperti bayaran yuran, pakaian seragam dan sebagainya.

Lampiran Gambar:





@sksambir2020

Thursday, 17 September 2020

Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna Hari Malaysia 2020

Pada 15 September 2020 (Selasa), pertandingan melukis poster dan mewarna sempena Hari Malaysia telah dijalankan di SK Sambir. Ia merupakan aktiviti yang dianjurkan bagi mengisi objektif penghayatan Hari Malaysia melalui kerja-kerja seni visual.

Bagi murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, mereka menyertai pertandingan melukis poster. Manakala bagi murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, mereka menyertai pertandingan mewarna.

Pertandingan ini bermula pada jam 8 pagi dan selesai pada jam 11 pagi. Ia dipantau oleh guru kelas di kelas masing-masing. Diharap pertandingan ini memberi kefahaman kepada murid mengenai tema dan logo Hari Malaysia.

Lampiran Gambar:








@sksambir2020