Pada 23 April 2020 (Khamis), program Jom Baca Bersama 10 Minit telah dijalankan di seluruh negara dan disertai oleh individu, organisasi, pelbagai jabatan dan institusi pendidikan. Ia merupakan program ilmu secara dalam talian bersempena dengan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia dan juga meraikan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku 2020 UNESCO.
Tujuan utama program ini diadakan ialah:
- melahirkan generasi celik ilmu
- mendidik masyarakat tentang kepentingan pendidikan
- memupuk masyarakat dengan budaya membaca
- Menanam perasaan cintakan ilmu
Walaupun program ini diadakan dari pukul 11 pagi hingga pukul 11.10 pagi iaitu selama 10 minit, program membaca ini sebenarnya program yang berlangsung secara berterusan. Selain itu juga, ia merupakan salah satu usaha pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi mewujudkan masyarakat berkualiti terutama sekali dari aspek bahan bacaan dan juga berpendidikan tinggi.
Bagi memeriahkan program, SK Sambir juga turut serta secara dalam talian yang disertai oleh murid-murid, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Malah ia merupakan aktiviti secara dalam talian yang julung-julung kali disertai oleh warga sekolah bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
Gambar warga sekolah sepanjang program berlangsung:
@sksambir2020