Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 19 September 2016

Selamat Maju Jaya untuk Cikgu Nurulain Mohd. Sab

Pada 9 September 2016, Cikgu Nurulain Mohd. Sab telah menamatkan perkhidmatannya di SK Sambir sebagai guru ganti selama 3 bulan (bagi menggantikan Cikgu Cynthia Tella yang mengambil cuti bersalin). 

Kami, warga SK Sambir ingin mengucapkan terima kasih di atas khidmat beliau sepanjang bertugas di SK Sambir dan setiap kerjasama yang diberikan. Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Nurulain Mohd. Sab.



Galeri Majlis Perpisahan untuk Cikgu Nurulain Mohd. Sab











@skss2016

Tuesday, 6 September 2016

Program Ambang Kemerdekaan dan Hari Terbuka PIBG SMK Hajjah Laila Taib

Pada hari Selasa 30 Ogos 2016, SK Sambir dijemput ke program Ambang Kemerdekaan dan Hari Terbuka PIBG yang dianjur oleh SMK Hajjah Laila Taib. Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Sambir, En. Mohamad Ali Bin Yusup mengiringi 4 orang pelajar Tahun 5 Ikhtiar ke program berkenaan dan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.


Galeri Program Ambang Kemerdekaan dan Hari Terbuka PIBG

Pelajar Tahun 5 Ikhtiar di program anjuran SMK
Hajjah Laila Taib.

Menerima cenderahati dari pihak BTPN Sarawak

Suasana di sekitar gerai BTPN Sarawak

Pelajar meneroka aktiviti di gerai-gerai pameran

Pelajar mempelajari sesuatu yang baru

Pelajar mencuba aktiviti baru- sukan memanah


@sks2016

Monday, 5 September 2016

Maksud di sebalik tandatangan

Image result for signing signatureTandatangan merupakan tanda pengenalan seseorang individu. Setiap individu mempunyai gaya tandatangan yang tersendiri dan keunikan setiap tandatangan sering dikaitkan dengan keperibadian unik seseorang. Tandatangan juga dijadikan ukuran untuk menilai tahap keyakinan seseorang, bergantung pada cara tandatangan itu ditulis.

Bagi mereka yang ingin mengetahui maksud tandatangan, maksud di sebalik tandatangan adalah seperti berikut:

Satu garis di bawah tandatangan
  • Seorang yang yakin
  • Mempunyai personaliti yang hebat
  • Agak mementingkan diri
  • Percaya bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang perlu
Dua titik di bawah tandatangan
  • Seorang yang romantik
  • Mudah bertukar pasangan
  • Sukakan kecantikan (bagi wanita)
  • Mengukur seseorang berdasarkan kecantikan (bagi lelaki)
Satu titik di bawah tandatangan
  • Kelihatan mudah didekati
  • Seorang yang tenang
  • Cepat hilang percaya apabila dikhianati
Tiada garisan atau titik di bawah tandatangan
  • Seronok dengan kehidupan
  • Mengikuti gaya dan cara sendiri
  • Kurang memberi perhatian terhadap pandangan orang lain
Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama
  • Seorang yang kuat berusaha
  • Suka mencuba sesuatu yang baharu
  • Suka berselindung
  • Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
  • Yakin dengan kebolehan diri
Tandatangan tidak bersambung (huruf nampak satu-persatu)
  • Seorang yang sangat prihatin
  • Tidak mementingkan diri, sanggup berkorban
  • Seorang pemikir
  • Mudah serik
Tandatangan mengikut ejaan nama (huruf yang jelas)
  • Seorang yang sangat baik
  • Boleh menyesuaikan diri dalam apa jenis keadaan dan dengan siapa berurusan
  • Tegas memberikan pendapat
  • Bersemangat tinggi
Tandatangan mengikut ejaan nama (tapi huruf sukar dilihat)
  • Cerdik tapi malas berfikir
  • Lebih suka mengikut keputusan orang lain
Tandatangan menaik ke atas
  • Seorang yang bercita-cita tinggi (dalam percintaan dan dalam kerjaya)
  • Sentiasa berusaha, tidak mahu berhenti
  • Positif dalam kehidupan
Tandatangan menurun ke bawah
  • Mudah mengalami kelesuan
  • Seorang yang mudah berasa tertekan dan putus asa
  • Mudah tergelincir dari landasan hidup
Tandatangan yang sukar dibaca
  • Seorang yang misteri
  • Sikap sukar untuk dibaca tetapi menarik perhatian orang lain
Garis bawah tandatangan bergelombang
  • Seorang yang kuat semangat melawan dugaan
  • Pandai menjaga diri
  • Cepat menyelesaikan masalah
Tandatangan berlingkar
  • Seorang yang suka mengasingkan diri
  • Percaya bahawa seseorang perlu membataskan diri untuk melindungi identiti diri dan gaya hidup
  • Marah terhadap campur tangan orang lain
Tandatangan diakhiri titik atau tanda garis
  • Seorang yang sangat berhati-hati
  • Keras hati dalam membuat keputusan
  • Skeptikal
Tandatangan bersaiz kecil
  • Seorang yang bersikap tertutup
  • Menyimpan banyak misteri dan rumit
  • Nampak cool
Tandatangan bersaiz besar
  • Seorang yang mempunyai harapan besar
  • Merasakan dirinya berkemampuan
  • Bangga pada diri
Tandatangan berdekorasi
  • Seorang yang sukakan perhatian
  • Kurang yakin pada diri
  • Ada kecenderungan untuk bersikap pesimis
Tandatangan lengkap seperti nama penuh
  • Seorang yang sangat baik hati
  • Teguh pendirian serta pendapat
  • Mempunyai keinginan yang kuat untuk memiliki sesuatu
Tandatangan dilalui oleh tanda garis
  • Seorang yang cenderung untuk merosakkan diri sendiri
  • Jiwa mudah rapuh, berfikiran negatif.


@sks2016

Majlis Penghalalan Ilmu 2016

Pada hari Isnin, 5 September 2016, berlangsungnya Majlis Penghalalan Ilmu di SK Sambir untuk semua pelajar Tahun 6 SK Sambir yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis yang bermula seawal pukul 7 pagi dihadiri oleh ibu-bapa pelajar dan semua calon UPSR SK Sambir mendapat bekas pensil beserta dengan set alat tulis sebagai hadiah dari pihak sekolah dan PIBG.

Seluruh warga SK Sambir dan PIBG mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar Tahun 6 SK Sambir yang mengambil peperiksaan UPSR yang bermula pada hari ini.



Galeri Majlis Penghalalan Ilmu 


Pelajar Tahun 6 Rajin di Majlis Penghalalan Ilmu


Sesi bacaan doa


Ucapan ringkas dari Guru Besar SKS


Penyerahan hadiah kepada pelajar Tahun 6


Hadiah untuk pelajar Tahun 6


Sesi bersalam-salaman pelajar Tahun 6 dengan ibu bapa


Sesi bersalam-salaman dengan para guru


Salah seorang ibu pelajar datang untuk
memberi semangat sebelum peperiksaan
bermula.


Pelajar Tahun 6 bersedia sebelum bermulanya peperiksaan


Ucapan kata-kata motivasi dari Guru Besar dan 
kesemua Penolong Kanan


Doa dan harapan dari warga sekolah untuk pelajar Tahun 6



@sks2016